suria

Teringin nak ‘sweet’ momen dengan lelaki, tapi rasa sayang tak hadir... Wanita risau umur 27 tahun belum kahwin, buntu kejar cinta

Seorang wanita mula risau dengan perasaan cintanya yang semakin luntur. -Gambar hiasan

JODOH itu rahsia milik Tuhan, awal atau lewat ketibaannya juga sudah tertulis dalam suratan takdir.

Lumrah untuk setiap manusia hidupnya berpasangan sebagai peneman menceriakan hari dan tempat berkongsi duka.

Namun begitu ada juga dalam kalangan kita yang seolah-olah mempunyai 'alahan' kepada alam percintaan kerana lebih selesa hidup bersendirian.

Ciapan asal di laman Twitter.

Begitulah perkongsian wanita ini melalui satu luahan tanpa nama di Twiiter apabila hatinya begitu sukar untuk dibuka kepada sesiapa.

"Sekarang umur saya sudah 27 tahun dan kali terakhir saya bercinta masa tingkatan tiga. Tahun lepas ada dalam dua ke tiga orang cuba dekati saya di media sosial untuk berkenalan.

"Cuma setiap kali ada lelaki yang saya tak berapa kenal mesej nak berkenalan, saya rasa tak selesa. Saya rasa rimas dan nak cepat-cepat habiskan conversation.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sangsi nak kahwin, risau GF tak menyimpan... kerja 4 bulan savings bawah 1k - “Wang saya dah lebih RM20,000”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lega terlepas cengkaman hutang Ah Long, punca pinjam sebab nak move on putus cinta... kini bina hidup baharu

"Kadang tu saya baca je mesej dia tanpa membalas. Mereka yang nak berkenalan dengan saya tu ada yang jauh lebih tua daripada saya.

"Dalam umur lewat 30-an sehingga ke 40-an. Tapi memang masih bujang la," ujar wanita itu kepada pemilik akaun @brgsjks.

Walaupun begitu, wanita tersebut mengakui mempunyai keinginan untuk berkasih sayang dengan pasangan tetapi belum bersedia ke arah hubungan yang serius.

Saudari ni tak bermasalah, bagus untuk awak belajar berdikari, dan jangan rush into a relationship.

NETIZEN

"Tipulah tak ada rasa nak settle down (kahwin). Mak ayah pun dah tanya tak ada pasangan ke. Saya tahu better late daripada buat pilihan yang salah.

"Cuma saya dah biasa independent. Saya nak juga sweet dengan pasangan tapi perasaan nak ada relationship tu masih tak ada," kata wanita itu.

Risau dia berada dalam golongan minoriti, wanita itu meminta pandangan warga maya bagi membantunya menyemarakkan semula semangat dalam diri untuk memburu cinta sejati.

"Jadi nak tanya, perasaan tu susah nak ada sebab saya dah lama tak bercinta ke? Macam mana nak adakan balik perasaan untuk cari pasangan ni.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kalau saya tengok dekat Twitter ke ada orang post pasal pasangan mereka, reaksi saya cuma 'comelnye, so sweet', lepas tu saya scroll je. Ke saya yang bermasalah?," soal wanita itu meminta penjelasan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkata cinta itu tidak perlu dikejar dan akan hadir apabila tiba masanya.

"Saudari ni tak bermasalah. Bagus untuk awak belajar berdikari, dan jangan rush into a relationship sebab takut nanti terjumpa biawak hidup.

"Saya pernah berada dalam situasi awak beberapa tahun lalu. Jenis tak suka bermesej atau orang tolong match kita. Kalau ada yang mesej pun, tak lama talking phase tu sebab tak suka la buang masa mesej tak habis-habis.

"Lebih suka kalau dapat kenal orang tu depan-depan dan boleh tengok dan nilai dia dengan mata saya sendiri," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain