SESETENGAH individu lebih memikirkan kos apabila menyewa rumah, tetapi bagi pelajar ini dia lebih pentingkan keselesaan dan persekitaran damai. Ketika dihubungi mStar, pemilik akaun TikTok @duwimommy atau dikenali sebagai Masyi, 21, berkata ini merupakan pengalaman pertamanya tinggal di sebuah rumah kampung. Dia yang merupakan pelajar jurusan Komunikasi Massa Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan berkata dia juga tidak mempunyai kampung halaman kerana membesar di Kuala Lumpur. Masyi merupakan pelajar UiTM Rembau jurusan Komunikasi Massa Penyiaran. “Kawan saya yang jumpa rumah kampung ni dan saya dah pindah keluar dari rumah sewa sebelum ini di pertengahan semester. “Saya pindah sebab rumah sewa sebelum ni panas dan sesak... saya berkongsi dengan 11 penyewa lain. “Saya sukakan privasi, dan itulah sebabnya saya bertanya orang sekeliling dan terjumpa rumah kampung ini,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah ARTIKEL BERKAITAN: 5 beranak disyaki hidung kebal! Habuk tebal ‘balut’ bilah kipas, tapi mampu hidup macam biasa - “Bayar sewa cun, tak pernah miss” Masyi berkata rumah itu disewakan dengan harga RM800 sebulan, dan dia membayar RM400 manakala selebihnya dibayar oleh dua lagi rakan serumah. “Bagi pelajar mungkin agak mahal, tapi saya membayar untuk privasi dan kedamaian,” katanya. Dia juga memerlukan sebuah rumah yang tenang dan senyap, sesuai dengan dirinya sebagai pempengaruh yang sering menghasilkan pelbagai video untuk dikongsi di media sosialnya. Menurutnya, perjalanan dari rumah kampung tersebut tidak begitu jauh, hanya 10 minit ke kampus. Saya pindah sebab rumah sewa sebelum ni panas dan sesak... saya berkongsi dengan 11 penyewa lain. Masyi Dari segi keselamatan pula, Masyi berkata dia tidak pernah berasa tidak selamat ketika berada di rumah tersebut. “Pemilik rumah selalu ada. Dia tinggal di sebelah rumah saja, lokasinya dalam kawasan satu pagar,” ujarnya. Masyi telah menyewa rumah kampung ini selama tiga bulan dan setakat ini belum terfikir untuk berpindah kerana sangat menyukai kediaman tersebut. “Saya sangat mengesyorkan orang ramai untuk tinggal dalam rumah kampung! Tempat ni seronok. “Saya rasa kalau ada yang takut hantu, penyelesaiannya ialah jangan tegur jika terasa sesuatu. “Itulah cara saya bertahan ketika saat-saat menakutkan dalam rumah tersebut. Mandi air sejuk waktu pagi pun seronok!” ujarnya. Antara komen netizen di TikTok. Video yang tular di TikTok itu meraih 880,000 tontonan, 87,000 tanda suka dan lebih 300 komen netizen yang kagum dengan pilihan Masyi, seorang gadis kota untuk menyewa rumah kampung. “Saya pernah ada pengalaman duduk rumah kampung! Nak tidur waktu malam memang sejuk. “Bangun pagi memang rasa liat sebab sejuk sangat. “Saya pernah sewa rumah kampung juga. Memang seronok! Sewa RM200 sahaja sebulan. “Rumah papanlah seronok. Sejuk dan besar. Tapi sekarang rumah papan lagi mahal dari rumah batu. “Seronok duduk rumah macam ni, tapi kalau tinggal seorang diri, akan ada rasa seram sedikit. Perasaan duduk rumah kampung memang begitu ke?” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube