suria

Wanita mengidam lauk kenduri, warga TikTok berganding bahu cari rumah rewang... Paling lucu disuruh tanya Kazar Saisi!

Farah meluahkan rasa teringin untuk menikmati lauk kenduri di majlis perkahwinan.

MENGIDAM sesuatu makanan atau perkara tertentu menjadi perkara biasa bagi ramai ibu hamil.

Apabila ia terjadi secara tiba-tiba, golongan suami tentunya menjadi orang yang paling sibuk untuk menunaikan permintaan isteri tersayang.

Turut menghadapi situasi sama ialah wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Farah hingga terpaksa meluahkan keinginannya untuk makan nasi kenduri di media sosial.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, wanita ini menjelaskan bahawa keinginan itu timbul ketika dia sedang mengandung anak ketiga.

“Saya tahu mengandung lagi pula tu masa bulan September lalu.

“Sekarang ni saya dah masuk bulan kelima. Rasa teringin nak makan nasi kenduri tu sejak minggu lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengidam naik Ferrari, netizen puji sikap rendah diri Madammu beritahu kereta sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil anak ke-2 ‘mengidam’ bau petrol, sanggup turun flat ke parkir motosikal sebelum tidur... gam kasut pula tepi katil - “Betul tekaan mak mentua”

“Pelik juga kerana sebelum ni saya tak suka pun makan kenduri,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bagi memenuhi keinginan itu, Farah berkata dia dan suami Mohd Jeffry, 26, turut memandu di sekitar Kota Damansara, Selangor iaitu lokasi mereka tinggal untuk mencari seandainya terdapat rumah yang menganjurkan kenduri kahwin.

Namun, usaha tersebut tidak membuahkan hasil ditambah pula dengan musim perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Farah dan suami sudah berusaha mencari kenduri di sekitar Damansara namun gagal.

“Sebelum ni saya ada juga ajak suami pusing-pusing dekat kawasan perumahan. Manalah tahu ada rezeki jumpa rumah orang buat kenduri.

“Kawan-kawan saya pun tak ada buat kenduri dalam masa terdekat ni," katanya penuh hampa.

Jelas Farah dia teringin untuk menjamu selera dengaN menu nasi putih, sambal hitam serta ayam masak merah yang merupakan menu kebiasaan sesebuah kenduri kahwin.

Ada juga yang jemput saya ke kenduri kahwin mereka tapi kebanyakannya bulan Februari dan Mac.

FARAH

Lebih memeningkan apabila Farah tidak mahu menikmati hidangan tersebut di restoran yang menjual menu sama ala-kenduri.

“Sekarang memang dah ada kedai-kedai makan jual nasi dan lauk kenduri. Tapi saya nak makan dalam suasana kenduri.

“Ada pengantin... lagu-lagu, pelamin, masa saya makan nasi kenduri tu. Tapi sampai sekarang tak ada mana-mana kenduri boleh saya pergi.

Farah membuat hantaran di TikTok sebagai ikhtiar terakhir.

“Jadinya saya pun buatlah posting di media sosial sebagai ikhtiar terakhir,” katanya lagi.

Menerusi hantaran itu, Farah memberitahu dia sanggup mengeluarkan bayaran asalkan dibenarkan menghadiri kenduri dan menikmati hidangan yang diidamkannya itu.

Perkongsian itu meraih lebih 686,000 tontonan di TikTok.

komen_

Antara komen netizen di TikTok.

“Saya tak sangka luahan hati dan keinginan saya tu boleh viral pula. Ramai yang simpati dan cuba tawar diri masak untuk saya.

“Ada juga yang jemput saya ke kenduri kahwin mereka tapi kebanyakannya bulan Februari dan Mac.

"Apa-apa pun saya terharu ramai di TikTok ambil berat tentang keinginan saya ni,” ujarnya menutupi kisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain