APABILA bercakap mengenai pasangan kembar, pastinya sudah sinonim dengan kisah mereka membesar dengan berkongsi hobi dan minat sama. Namun apabila tibanya soal jodoh, ia adalah masa untuk mereka 'berpisah' demi memulakan hidup baharu bersama pasangan masing-masing. Baru-baru ini pasangan kembar Ain Darwina Noor Azman dan adiknya Allif Danial Noor Azman mencuri tumpuan netizen apabila video mereka saling berpelukan tular di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Momen Allif Danial memeluk kakaknya yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga mengundang sebak orang ramai. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Ain menceritakan semula kisah di sebalik video 'air mata' di majlis pernikahannya pada 27 Januari baru-baru ini. "Lepas saja tok kadi (jurunikah) cakap sah, saya okey saja tak menangis tapi ada juga terpandang kembar masa tu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menangis teresak-esak, tak puas peluk siap dukung ibu di majlis kahwin... Tetamu pun ‘banjir’ sama! ARTIKEL BERKAITAN: Maaf anak kami bising! Ibu tebal muka kembar menangis dalam flight, lagi rasa bersalah ada penumpang kata ‘bingit, sakit telinga’ “Terus datang perasaan sebak tengok dia menangis teresak-esak dekat belakang dewan. Saya abaikan saja sebab tak nak terikut-ikut sangat dengan emosi. “Macam dalam video tu, sepatutnya Allif datang tangkap gambar dengan saya tapi dia tak tahan sebak. Masa tengok dia menangis tu terus saya turun dan peluk dia,” imbas Ain. Tambah Ain, majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor itu tambah sebak apabila Danial menitipkan pesanan agar sentiasa taat kepada suami. “Sebelum kahwin, Danial tak ada pesan apa-apa pun. Tapi masa saya peluk tu dia cakap jangan garang-garang atau kasar dengan suami. Ain dan pasangannya disatukan pada 27 Januari 2023. "Dia pesan supaya saya jadi isteri yang baik. Kalau suami ada buat apa-apa, Danial suruh call dia. "Saya terus menangis apabila dengar dia pesan macam tu," kata Ain. Dalam pada itu, wanita yang menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam, ini turut menceritakan mengenai sikap adiknya yang merupakan seorang protective menjaga Ain dengan baik. Dia pesan supaya saya jadi isteri yang baik... kalau suami ada buat apa-apa, Danial suruh call dia. AIN DARWINA “Kami dilahirkan dalam jarak masa lapan minit. Danial merupakan adik saya dan kami ada seorang lagi adik bongsu. Saya dan Danial sebenarnya tak rapat tapi kami selalu ada untuk masing-masing. "Contohnya masa saya sakit dialah yang terpaling risau walaupun selepas seminggu tu dia pula sakit. “Kalau kawan-kawan dia nak berkenalan dengan saya, dia akan cakap saya ni girlfriend dia," ujarnya lagi. Ain dan Danial kini berusia 23 tahun. Menurut Ain lagi, bukan sahaja mereka ini kembar tidak seiras tetapi personaliti mereka juga berbeza. Kata Ain dia merupakan seorang yang kasar berbanding perwatakan Danial. Sehingga kini perkongsian Ain di TikTok meraih lebih 7.6 juta tontonan. Bukan hanya pengantin, malah netizen turut mengalirkan air mata apabila melihat momen adik-beradik kembar in menangisi berpelukan. Ain (tengah) bersama Danial (belakang (kiri) dan ahli keluarganya. Dalam pada itu wanita ini juga mengambil kesempatan menitipkan pesanan kepada kembarnya. “Saya post video tu saja-saja sebagai kenangan. Apa-apa pun saya berterima kasih sangat dekat Danial sebab banyak jaga dan ada untuk saya pada setiap masa. "Kami tahu apa yang kami lalui dan akan lalui bersama walaupun dah jauh. "Hati dan jiwa kami tetap akan bersama, lagi pula kami kan kembar. Kita 'buka langkah' pertama dalam hidup pun bersama. Jadi kita akan tetap bersama hingga ke syurga. I love you my reflection," kata Ain Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube