BAGI yang menetap di kawasan perkampungan atau taman perumahan, sudah pasti mereka biasa menerima kunjungan daripada pembeli besi buruk. Lazimnya, individu ini akan bergerak dari rumah ke rumah dengan menggunakan lori dan bertanya kepada orang ramai sama ada mereka mempunyai besi buruk untuk dijual. Tanpa rasa was-was, majoriti dalam kalangan kita memilih untuk menjual besi buruk walaupun wang yang diberikan oleh pembeli sebagai tukaran tidaklah lumayan. Bagi mereka, apa yang penting, daripada terbiar tanpa sebarang fungsi, seeloknya besi buruk yang ada dijual untuk mengelakkan timbunan atau longgokan yang boleh menyakitkan mata. Namun begitu, ada segelintir pembeli besi buruk mengambil kesempatan dengan menipu timbangan! Segelintir pembeli besi buruk menipu pelanggan untuk meraih keuntungan cara mudah. Perkara tersebut didedahkan oleh seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa penipuan pembeli besi buruk yang mengubah suai jarum alat timbangan. "Alkisahnya petang tadi... lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi, sisa dan aluminium yang ada. Dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas banyak kali terkena, peniaga kongsi cara kesan seller online penipu... harga murah lain macam eloklah tak payah beli! ARTIKEL BERKAITAN: Baik hati bagi nombor OTP, peniaga char kuey teow terduduk kena tipu... Scammer kikis sampai tinggal RM1.97! "Lepas besi dan aluminium dah ditimbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas penimbang saja-saja. Hah tudia, 35 kilogram (kg) saja. Eh eh mana lagi 40kg? Tuhan dah ampun ke?" kongsi lelaki yang dikenali sebagai Halim Sol di Facebook. Bagi memastikan bahawa alat timbangan tersebut tidak bermasalah, dia meminta salah seorang dari mereka untuk naik ke atas timbang tersebut dan hasilnya juga lebih kurang sama. Akhirnya selepas disoal siasat, pembeli besi buruk itu akhirnya mengakui kesilapan dan menambah sebanyak 20 kilogram daripada jumlah asal timbang sebelumnya. Kita yang lalai, mereka dah rancang lama dah... taukeh dan pembeli besi buruk ni kaya raya. NETIZEN "Patutlah semua yang dia timbang 30kg ke bawah je. Pagar second berat-berat tu semua tak sampai 30kg. Muka soleh dan solehah diorang ni pun dah lain macam. "Lepas kena ceramah, depa (mereka) bagi tambahan lagi 20kg. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni. Menyesal pula aku naik atas timbang tu. "Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat sebab besi buruk pnn bukan boleh jadi besi baru simpan lama-lama...bersepah je. Tapi itulah, tak menipu tak kaya bro," tulisnya lagi. Perkongsian lelaki tersebut turut menjadi tular selepas dikongsikan di laman Facebook Penangkini yang sehingga kini meraih lebih 200 shares. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan segelintir pembeli besi buruk yang suka menipu demi mengaut keuntungan menerusi cara mudah. Ada yang berkongsi pengalaman pernah tertipu dengan pembeli besi buruk. "Mana ada dosa pahala. Bertuhankan duit, jadi kreatif menipu. "Standby penimbang sendiri lepas ni kalau ada barang besi, tembaga, aluminium. Kebanyakan penimbang mereka dah setting. "Perkongsian yang baik... bukan nak aibkan tapi sebagai peringatan. "Kita yang lalai, mereka dah rancang lama dah... taukeh dan pembeli besi buruk ni kaya raya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube