SEBUT tentang tempe, pasti anda terbayang menu popular seperti kuah lodeh, masak lemak mahupun sambal goreng. Makanan tradisi orang Jawa ini menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia kerana ia kaya kandungan protein, kalsium serta zat besi. Namun tahukah anda bahawa tempe yang dihasilkan daripada kacang soya ini boleh dimakan mentah? View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ia mungkin asing bagi banyak pihak namun tidak untuk kanak-kanak berusia tiga tahun bernama Dhuha Mardhiyah Mohd Hizudin Asuad ini. Videonya menikmati tempe mentah di dalam kereta bersama bapanya tular di TikTok hingga meraih lebih 516, 000 jumlah tontonan. Ketika dihubungi mStar, bapanya iaitu Mohd Hizudin Asuad Ahmad, 38, berkata anaknya mula diberi makan tempe mentah sejak berusia setahun lebih. Tangkap layar video Dhuha makan tempe mentah yang tular di TikTok Kata Asuad yang menetap di Kampung Kandang, Melaka, keinginan anaknya untuk makan tempe mentah bermula daripada dia sendiri. "Sebenarnya saya pun suka makan tempe mentah. Semasa Dhuha umur setahun lebih, dia nampak saya makan tempe dekat dapur, kemudian dia minta. Saya bagi la dia rasa. Tak sangka dia boleh makan mentah juga. "Sekarang setiap kali ibu dia masak di dapur, dia akan minta tempe mentah dan dia akan patahkan siap-siap jadi dua. "Satu Dhuha akan bagi saya, satu lagi untuk dia. Sekarang ni setiap kali makan tempe, mesti dia akan patahkan dua sebab dia tahu saya suka makan juga," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Kawan berselera pelik, pemuda ini tetap ‘support’... tapi tak pernah teringin nak cuba walau dipelawa ARTIKEL BERKAITAN: Selamba 'telan' ikan mentah berdarah depan BF, macam makan sushi je.... ramai anggap pelik, gadis ini dituduh bela saka! Tambah Asuad yang merupakan seorang guru mengaji Al-Quran serta aktif menjadi jurulatih pemakanan sihat itu lagi, dia tidak menggalakkan anaknya makan makanan ringan, sebaliknya memilih tempe mentah sebagai snek ketika lapar. Selain makan tempe mentah, Dhuha juga gemar makan sayur-sayuran seperti salad, tomato, timun jepun serta brokoli yang dimakan mentah dan makanan ini akan menjadi hidangan wajib mereka sekeluarga. "Saya tak suka sangat nak bagi anak makan snek ringan. Jadi saya ajar dia untuk makan buah-buahan atau sayur dan juga tempe kalau dia lapar. "Alhamdulillah dia boleh terima dan makan. Dhuha juga suka makan sayur-sayur mentah. Kalau ibu dia masak, memang wajib ada sayur untuk dia. Bawang besar yang orang letak dalam telur dadar pun dia makan dan siap cakap bawang tu rasa manis," katanya. Tempe goreng pun aku tak boleh telan, apa lagi yang mentah. NETIZEN Ujar Asuad lagi, cara pemakanan sihat yang diterapkan kepada anak perempuannya itu menjadikan kanak-kanak berkenaan tidak mudah jatuh sakit. Tambahnya, makan tempe mentah tidak memberikan kesan buruk kepada Dhuha sebaliknya ia membantu anak kecil itu membesar dengan sihat dan bijak. "Alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa kesan lagi pada Dhuha. Tempe bagus sebenarnya untuk kanak-kanak sebab ia diperbuat daripada kacang soya. "Dhuha pun sekarang masih minum susu ibu. Saya tak bagi dia minum susu formula sebab isteri pun banyak bekerja dari rumah, jadi saya dan isteri tidak terdesak lagi untuk tukar susu anak. "Anak saya jarang sakit, Alhamdulillah. Kalau dia demam pun hanya sehari dua sahaja. Tak sampai teruk ke apa. Alhamdulillah dia sihat," katanya. Selain tempe, Dhuha juga gemar makan sayur-sayuran mentah Bercakap lanjut mengenai video tersebut, Aswad berkata dia tidak menyangka ia tular kerana tujuannya berkongsi rakaman itu hanya sebagai kenang-kenangan. "Saya dengan isteri terkejut video tu dapat banyak views sebab kami tak biasa dengan benda viral ni. Saya muat naik tu pun sebab nak simpan sebagai kenangan dan tambah pula saya memang suka rakam gelagat dia. "Alhamdulillah ramai yang bagi komen positif. Saya tengok komen ada juga yang terkejut sebab baru tahu tempe boleh dimakan mentah. Tempe mentah rasa macam kacang rebus sahaja," katanya. Bercakap tentang penerapan amalan pemakanan sihat terhadap anak, Asuad berkata perkara itu perlu dipupuk dari rumah bermula dengan ibu bapa. Walaupun ia bukan sesuatu yang mudah namun ia perlu dilakukan secara berterusan agar ia menjadi satu gaya hidup. Gaya pemakanan sihat yang diamalkan oleh Asuad dan isteri menjadikan anaknya itu tidak mudah jatuh sakit "Pesan saya, ibu bapa adalah kunci kepada dapur bagi setiap keluarga. Faktor pemakanan anak-anak bermula dari dapur rumah. "Nak amalkan makanan sihat ni, ibu bapa yang perlu mulakan dahulu. Sebab nanti anak-anak akan tengok apa yang ibu dan ayah dia makan. Makan biar ringkas tetapi teratur kuantitinya," katanya. Sehingga kini, video yang dimuat naik di TikTok itu meriah lebih 783,000 jumlah tontonan dan 53,000 tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui tempe boleh dimakan mentah. "Dik tolong ajar macam mana nak makan tempe. Tekak akak meronta lepas tengok video ni. "Tempe goreng pun aku tak boleh telan, apa lagi yang mentah. "Bukan ke tempe tu berkulat masa proses penapaian? Kalau saya goreng dulu baru makan," kata beberapa netizen. Asuad tidak menyangka tabiat gemar makan tempe mentah menjadi ikutan anak perempuannya Namun tak kurang juga yang mengakui merupakan penggemar tempe mentah sama seperti adik Dhuha dan bapanya. "Wah ni geng! Dulu tolong arwah nenek bungkus tempe. Kadang-kadang tak sempat tunggu berkulat, yang berbutir tu saya masuk mulut. "Samalah dengan saya. Jenis makan tempe mentah. Kalau nak goreng tu separuh dah hilang masa tengah potong. Sudahnya tak jadi goreng. "Hai adik! Kita geng makan tempe mentah!" demikian antara komen netizen. Berdasarkan laman web hellodoktor.com kandungan nutrisi protein yang ada pada tempe, lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik. Selain itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zatbbesi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih baik dibandingkan dengan daging. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube