suria

Mantap IO trafik IPD Kangar! Sanggup datang rumah ambil keterangan kemalangan, prihatin mangsa patah rusuk tak boleh ‘claim’ insurans

Laporan berkaitan kemalangan diambil di kediaman seorang individu di Kangar, Perlis.

POLIS dan masyarakat berpisah tiada.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai hubungan polis dan masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Di laman Facebook, seorang pemuda dikenali sebagai Redzul Redza berkongsi kisah bapanya yang dibantu oleh pihak polis selepas terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Jelas Redzul, bapanya tidak dapat membuat tuntutan insuran kerana gagal membuat laporan polis tentang kemalangannya ekoran keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Police personnel queing in Bukit Aman for early voting  on Saturday. AZMAN GHANI / The Star

Netizen memuji hubungan erat antara polis dan masyarakat yang dipamerkan dalam posting itu.

"Saya balik untuk urusan kemalangan abah. Kata polis, hanya mangsa kemalangan saja boleh buat report. Wakil tidak dibenarkan.

"Abah baru keluar hospital selepas 16 hari ditahan di wad. Kini di rumah terlantar tidak dapat bergerak. Tuntutan insuran tak dapat dibuat selagi tiada laporan kemalangan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," ujarnya memulakan cerita.

Alhamdulillah IO bertugas sangat baik... luangkan masa datang rumah ambil kenyataan dan buat laporan kemalangan.

REDZUL REDZA

Menurut Redzul, dia berdepan kesukaran untuk membawa bapanya ke balai, lantas dia sendiri pergi bertemu dengan pihak berkuasa untuk memohon bantuan mereka.

"Nak bawa ke balai agak sukar, tidak boleh bergerak mahupun naik kerusi roda kerana tulang rusuk patah dan kecederaan lain.

"Saya nekad ke balai trafik Kangar (Perlis). Mereka kata tengok budi bicara pegawai penyiasat (IO) yang bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kacak bikin pengundi 'cair', hilang penat beratur lama

ARTIKEL BERKAITAN: Abang polis kacak berangan nak jadi model sebab ‘confident level’ tinggi, ramai wanita order baju bundle selepas buat live di TikTok

"Alhamdulillah IO bertugas sangat baik. IO luangkan masa datang rumah ambil kenyataan dan buat laporan kemalangan," ujar Redzul lagi.

Dalam posting itu, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih buat pihak polis kerana membantu urusan bapanya yang sedang sakit.

"Polis dan masyarakat berpisah tiada. Terima kasih Allah memudahkan segala urusan. Respect Sarjan Lizawaty daripada Cawangan Trafik IPD Kangar.

"Salute cik polis. Report dah keluar. Esok dah boleh balik ke Kuala Lumpur," ujarnya dalam posting pada Khamis.

komen2

Antara komen netizen berhubung kisah itu.

Redzul turut berkongsi sekeping foto, memaparkan anggota wanita berkenaan yang sedang mengambil keterangan bapanya di kediaman mereka.

Posting Redzul mengenai kisah itu mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi mengenainya menerusi group Facebook Saya Anak Perlis.

"Alhamdulillah. Terima kasih puan. PDRM memudahkan urusan sesama kita.

"Kita permudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita, InsyaAllah.

"Terbaik IO ni. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain