JAUH perjalanan, luas pandangan. Ungkapan ini menggambarkan bagaimana seseorang itu akan dapat mengembangkan kotak fikirannya apabila merantau ke tempat orang. Begitulah pengalaman yang dilalui Mohd Muzhaffar Ra'il, 34. apabila dia bercuti bersama keluarganya ke Kampung Sri Gading, Sedili, Johor dan menemui stesen minyak daripada masa silam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu video tular di TikTok, Muzhaffar sempat merakam detik berharga itu apabila dia singgah mengisi petrol di stesen minyak yang menggunakan pam analog. "Saya pergi bercuti dengan keluarga besar belah adik-beradik saya. Pada pagi tu saya dengan beberapa ahli keluarga keluar cari sarapan. Tiba-tiba isyarat lampu minyak menyala. "Kami tanya orang kampung dekat situ, di mana stesen minyak yang paling dekat dan mereka cakap kena pergi dekat pekan sana, jauh dalam 60 kilometer (km) juga perjalanan sehala. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bos mesej puji sport rim kereta, esoknya beli design sama! Rupanya buat ‘modal’ borak... Gadis bertuah ini temu jodoh tauke stesen minyak! ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak boleh jejak stesen minyak, takut disambar api! Adik cepat ‘triggered’, insiden terbakar seluruh badan masih berbekas "Lepas pusing-pusing tu kami jumpa la satu stesen minyak ni, tapi stesen minyak kampung. Maklum la kami bercuti ni pun di kawasan luar bandar... dalam Felda," ujar Muzhaffar ketika dihubungi mStar. Menurut Muzzhaffar, stesen minyak itu mungkin kelihatan malap tetapi sistem pam petrol yang digunakannya adalah seakan-akan sesuatu yang ditarik keluar dari mesin masa. Sebab dia kena buat transportation sendiri, tak dapat nafikan harga minyak jualannya mahal 30 sen daripada biasa. MOHD MUZHAFFAR RA'IL "Mesin yang dia pakai tu memang agak unik. First time saya tengok. Saya ada berborak dengan pakcik yang jaga kedai minyak tu, dia cakap dia buat dan ubah suai sendiri mesin tu. "Dia siap ada hos getah macam mesin tebu. Katanya mesin tu berusia hampir sedekad juga. Mesin macam ni banyak ada dekat Felda. "Orang Felda kan generasi peneroka, jadi mereka memang kreatif bab-bab ni," terang Muzhaffar. Pam minyak tradisional ini merupakan nadi penduduk setempat. Muzhaffar seterusnya berkongsikan bagaimana pengusaha stesen minyak itu mendapatkan bekalan petrol. "Dia akan bawa satu tong drum naik kenderaan pacuan empat roda pergi ke stesen minyak di pekan untuk dapatkan supply. Sekali dia pergi tu ada had yang dia boleh beli. "Had dia dalam 100 ke 200 liter sekali isi. Jadi lepas isi tu dia akan bawa balik tong drum yang dah penuh tu dan masukkan petrol ke dalam mesin dekat tempat dia. "Sebab dia kena buat transportation semua sendiri, saya tak dapat nafikan yang harga minyak dia mahal 30 sen daripada biasa. Dia pun nak kena cari untung juga, lagi pun tak ada orang hantar minyak dekat dia. "Saya pun tak isi banyak, kira-kira 10 liter je untuk bagi lepas pergi bandar dan isi minyak dekat pekan," kata Muzhaffar. Mengenai mesin pam minyak itu sendiri, Muzhaffar mengatakan dia menggunakan konsep hidraulik kerana memerlukan banyak pergerakan fizikal untuk menggunakannya. Hos getah menyalurkan petrol dari mesin 'unik' itu ke dalam kenderaan pelanggan. "Mesin dia ni tak pakai elektrik. Saya nampak ada dua langkah yang dia kena buat untuk isi minyak kereta saya. "Mula-mula dia akan pusingkan satu tuas untuk naikkan minyak dari tong drum ke dalam bekas silinder penyimpan dekat atas mesin tu. "Lepas tu dia akan pusingkan macam satu roda ni untuk salurkan minyak tu dari mesin ke dalam hos getah dan masuk ke dalam kereta saya. Jadi ada dua kerja utama yang dia kena buat. "Dari segi keselamatan, walaupun nampak sistem dia macam 'cowboy' je, tapi saya rasa tak ada la bahaya sangat sebab dia sama je macam pam biasa dekat bandar cuma dia analog," kata Muzhaffar. Muzhaffar sempat memaklumkan bahawa pelanggan yang mengisi petrol di stesen minyak tersebut adalah orang kampung yang menggunakan motosikal dan jarang sekali kereta sepertinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube