suria

Suami askar kaki hutang koperasi, baki gaji negatif... Isteri hamil menangis di radio, luah perasaan penat buat 2 kerja sara keluarga

Seorang wanita dihimpit masalah kewangan setelah berkahwin dengan anggota tentera. -Foto hiasan

PERASAAN sedih dalam hati, tiada siapa mampu mengerti.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita dikenali sebagai Nurul apabila dia berkongsi luahan hati tentang suaminya yang berdepan masalah kewangan.

Menerusi panggilan telefon ke stesen radio Suria FM, wanita itu berkata, suaminya yang juga seorang anggota tentera mempunyai banyak hutang sehingga tiada baki gaji yang tinggal.

"Ini terjadi dekat diri saya, saya tak tahu (suami banyak hutang). Suami seorang tentera dan dia terlalu banyak pinjaman koperasi yang menyebabkan gaji bulanannya negatif balance.

suria1

Wanita itu berkongsi cerita menerusi siaran Morning Morning Suria yang dikendalikan Suraya, Ajak dan Shuib.

"Saya terpaksa kerja untuk tanggung komitmen dan perbelanjaan keluarga. Benda ni baru berlaku tahun lepas. Ini tahun kedua saya mendirikan rumah tangga dengan dia. Saya tak tahu apa yang dia buat dengan duit tu semua.

"Apabila saya tanya, dia kata tak tahu duit tu pergi mana, tak tahu dia buat apa," luahnya dalam siaran Morning Morning Suria yang dikendalikan Shuib, Ajak dan Suraya.

Menurut Nurul, masalah itu sebenarnya bermula sebelum mereka disatukan yang mana dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi merealisasikan majlis pernikahan mereka.

Namun katanya, masalah kian meruncing selepas mereka disatukan sebagai suami isteri, ditambah pula dengan komitmen lain apabila dia mula berbadan dua.

Saya dah jadi watak buruk dalam keluarga mentua.

NURUL

PEMANGGIL SURIA FM

"Saya tak tahu (awal perkenalan). Dia kata dia cukup duit untuk kahwin. Saya memang takut nak kahwin sebab saya rasa masa kahwin pun saya yang keluarkan semua duit hantaran. Kongsi berdua, konon nak susah senang bersama.

"Selepas setahun kahwin baru tahu. Masa tu saya tengah mengandung anak pertama tujuh bulan, persediaan untuk anak satu apa saya tak sempat beli lagi. Minta duit dengan dia, dia kata tak ada duit. Dia kata duit makan pun tak cukup," luahnya sebak.

Lebih pilu, suaminya mula meminjam wang dengan menggunakan nama isterinya sebagai alasan sehingga wanita itu dipandang serong keluarga mentuanya.

"Pada masa sama dia pinjam dengan keluarga dia. Dia kata saya nak bayar itu, nak bayar ini. Saya dah jadi watak buruk dalam keluarga mentua saya. Saya ambil masa lama, sebulan lebih tak bercakap dengan dia. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai isteri saja. Balik kerja, masak. Saya tinggalkan dia makan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini menangis hantar anak ke tadika... mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! - “Ini jalan terbaik”

"Saya tak boleh nak kongsi dengan keluarga saya sebab duduk jauh daripada keluarga, mak ayah nanti risau, macam mana anak dia," ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia juga merujuk kepada seorang kaunselor untuk mencari penyelesaian kepada kemelut berkenaan.

Kini, hubungan mereka bertambah baik, namun dia masih perlu melakukan dua kerja pada satu masa demi menyokong kewangan keluarganya.

"Saya sampai terpaksa jumpa kaunselor, saya tanya pendapat macam mana nak uruskan rumah tangga saya. Sebab saya tengah mengandung, kalau saya bercerai, macam mana nasib anak saya.

sruia4

Wanita itu tidak dapat membeli kelengkapan untuk menyambut bayi pertama kerana masalah kewangan suaminya. (Gambar Hiasan)

"Tapi kaunselor cakap cuba bagi peluang, slow talk balik dengan dia, tapi tu lah, sekarang Alhamdulillah okey. Cumanya saya terpaksa buat dua kerja untuk tanggung keluarga," luahnya dalam nada teresak-esak.

Menerusi video yang dikongsi menerusi media sosial Suria FM, Shuib kelihatan hilang kata-kata mendegar luahan itu, manakala Ajak yang pernah bekerja sebagai anggota tentera cuba menenangkan wanita berkenaan.

"Ajak sebenarnya pernah tengok keadaan ini, sebab Ajak dulu seorang tentera. Ajak tahu memang ada yang masalah macam ni (suka meminjam daripada koperasi). Tapi yang kesiannya cerita ni apabila dia tak tahu pada awalnya nak berkahwin.

"Ajak faham bila akak kata akak dah jadi watak buruk dalam keluarga, sebab dia sendiri malu dengan tindakan suami dia. Tapi nak buat macam mana, taatnya seorang isteri, terpaksa ikut apa yang suami dia buat.

"Tapi kak, kita doakan yang terbaik, semoga dilimpahkan rezeki buat keluarga akak dan keluar kemelut hutang ni," ujar pelawak terkenal itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain