suria

Berat badan TikToker ‘broken’ naik 90kg, syukur jejaka kenal di PUBG sudi ubati hati... ‘first date’ di rumah famili lelaki

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan April ini.

"MAAF cinta, sayang gemuk dan tak cantik."

Begitulah luahan Angelina Izzuwin Azmi, 29, kepada tunangnya Mohamad Azimi Md Asri, 25, hanya kerana dia memiliki berat badan 90 kilogram (kg).

Senang disapa Rose, dia menzahirkan rasa syukur apabila lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu mahu menerima dirinya seadanya.

rose2

Kisah pertunangan pasangan ini jadi perhatian ramai di aplikasi TikTok.

"Dulu berat badan saya 60kg. Tapi saya broken masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus naik 90kg. Saya ada je diet, sudah tentulah nak kurus. Cuma saya tak terlalu paksa diri.

"Selepas broken, saya kenal dengan dia dan terus bertunang. Bila diri ini berbadan besar, selalu la juga saya tanya kepada dia. Saya kata... tak apa ke gemuk? Awak terima ke?

"Biasalah kita ni perempuan suka bertanya, tapi dia sentiasa okay. Dia kata tak apa, dah comel dah. Dia tak pernah merungut saya besar sangat. Kalau nak kurus dia support, kalau macam ni pun dia okay," ujarnya kepada mStar.

Kalau lelaki tu datang dalam hidup kita, kalau dia ikhlas, pasti dia boleh terima kita gemuk atau kurus.

ANGELINA IZZUWIN AZMI

Bercerita lanjut, Rose yang menetap di Kuala Lumpur berkenalan dengan tunangnya menerusi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) pada Januari tahun lalu.

Imbasnya, dia memulakan langkah berani dengan menziarahi keluarga lelaki itu pada Februari sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada tanggal 3 Julai 2022.

"Saya kenal dia awal tahun lepas. Kami kenal dalam game PUBG. Masa tu tak tahu pun muka dia macam mana. Tapi saya suka sikap dan layanannya ketika kami berkenalan dalam game itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel mengajar di kelas, anggun peraga baju atas pentas! Pensyarah buktikan badan berisi pun boleh ‘masyuk’

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk” - Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan berhenti main TikTok

"Untuk first date, saya yang pergi ke rumah keluarganya. Sebab dia sejenis pemalu. Selepas itu, kami melangkah ke fasa serius pada bulan Mac sebelum bertunang pada hari lahir saya, bulan Julai," ujarnya lagi.

Kisah 'cinta tak mengenal paras rupa' antara pasangan itu turut menjadi tular selepas Rose berkongsi gambar pertunangan mereka di laman TikTok beberapa hari lalu.

Menurut Rose, dia menerima banyak komen netizen yang rata-ratanya tumpang gembira melihat penyatuan itu, sekali gus memberi semangat buat wanita berbadan besar di luar sana.

rose4

Komen netizen mengenai Rose dan tunangnya.

"Saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok, tapi saya pun ada minta izin dengan tunang. Ramai netizen kata saya bertuah dapat lelaki macam tu. Saya sekadar kongsi di TikTok untuk sebarkan semangat positif.

"Kalau kita nak kurus, jangan sampai depresi. ada kawan saya depresi, ambil ubat tapi tak kurus-kurus. Dia ingat tiada lelaki mahukannya sebab dia berbadan besar. Pendapat saya pula, cantik itu subjektif.

"Kalau lelaki tu datang dalam hidup kita, kalau dia ikhlas, pasti dia boleh terima kita gemuk atau kurus, dia akan berikan sokongan. Malah, dia akan beri masa untuk kita lalui proses kuruskan badan.

rose3

Pasangan ini berkenalan melalui permainan PUBG.

"Jadi janganlah kita terlalu push diri demi nak puaskan hati orang. Yang penting kena puaskan hati kita terlebih dahulu," ujar TikToker itu lagi.

Dalam pada itu, Rose turut berkongsi berita gembira bahawa dia dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan pada hujung April ini.

Tambah Rose, segala persiapan telah selesai dan dia kini hanya menghitung hari untuk bergelar isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain