PERKAHWINAN merupakan satu fasa yang indah dalam kehidupan. Namun, pelbagai faktor berkaitan kehidupan berumahtangga perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu memutuskan untuk berkahwin. Antara masalah yang sering berlaku ketika melayari alam perkahwinan adalah suami yang culas memberikan nafkah sehingga boleh menjadi satu bentuk penganiayaan terhadap isteri dan ahli keluarga. Terdapat sebilangan lelaki yang menganggap tanggungjawab mereka sekadar menyediakan tempat berlindung sahaja manakala segala barang keperluan, yuran sekolah anak dan lain-lain urusan ditanggung oleh isteri. Tangkap layar perkongsian mengenai tuntutan fasakh. Begitulah kisah yang dikongsikan oleh peguam syarie, Suriati Ghani menerusi Facebook, mengenai kes melibatkan anak guamnya yang baru sahaja selesai tuntutan fasakh dari tahun 2020. Menurut Suriati, situasi atau kesnya kali ini agak 'rare' (lain dari yang lain), kerana fasakh biasanya dituntut oleh isteri sendiri. Bagaimanapun bagi kes kali ini, plaintif tidak dapat bertindak sendiri kerana berstatus 'orang istimewa' justeru ia diwakilkan kepada adik lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Minta nafkah batin tapi tak dilayan, rupanya suami serabut sebab hamilkan skandal... isteri baik izin kahwin lagi! ARTIKEL BERKAITAN: Batin isteri menjerit! Suami geli nak berasmara, empat tahun kahwin tak pernah sentuh... Ajak bincang terus lari Jelas Suriati dalam hantaran di TikTok, perbicaraan ini mengambil masa yang lama dan hanya selesai selepas masuk tahun keempat disebabkan pelbagai faktor. “Selesai kes fasakh yang rare hari ni setelah tiga tahun prosiding kes berjalan. “Rare sebab fasakh dituntut oleh wali iaitu adik kandung isteri kerana isteri adalah orang istimewa. Tidak boleh bertindak sendiri. Hati kering betul ex (bekas) dia. Alhamdulillah ada wali hebat. NETIZEN “Dalam keadaan tidak berupaya tersebut, isteri ditinggalkan tanpa nafkah. Suami tetap tidak mahu ceraikan,” tulisnya pada video. Selain ditangguh lama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh prosiding fasakh juga berlarutan lebih lama apabila pihak suami enggan berpisah biarpun nafkah tidak diberi. Atas faktor kebaikan si isteri, mahkamah akhirnya membenarkan tuntutan fasakh tersebut dilakukan. Antara komen netizen di TikTok memuji tindakan wali. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan adik wanita istimewa tersebut kerana sanggup berjuang demi kakaknya daripada terus dianiaya. Dalam masa sama, mereka turut mengkritik sikap suami yang mengabaikan tanggungjawabnya sepanjang berumahtangga. "Hati kering betul ex (bekas) dia. Alhamdulillah ada wali hebat. Tahniah puan bantu selesaikan kemelut mereka. "Pelik kenapa tak nak ceraikan kalau tak nak tunaikan tanggungjawab," demikian antara komen netizen di TikTok. Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati. Selain itu, fasakh boleh dituntut sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube