suria

Penumpang bawa banyak barang, pemandu e-hailing minta caj ekstra! Kalau tak bayar, lain kali nak ‘reject’ tempahan

Seorang wanita disuruh bayar lebih oleh pemandu e-hailing gara-gara membawa banyak barang. -Gambar hiasan

HAMPIR setiap hari kita terbaca tentang masalah yang timbul melibatkan pemandu dan penumpang perkhidmatan e-hailing.

Terbaharu, tular pula kisah seorang wanita yang mempersoalkan mengenai caj lebih yang perlu dibayar ketika menggunakan servis itu di Johor.

Pengalaman buruk ini dialami seorang wanita dan diceritakan semula oleh adiknya, Bell dengan memuat naik rakaman perbualan kakaknya dengan pemandu tersebut.

Menurut Bell, ketika itu kakaknya hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Johor, menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Bell berkata, pada malam itu kakaknya bersendirian dan membawa pulang bersama banyak barang yang dibeli seperti barangan dapur, keperluan anak dan makanan ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Grab dapat durian runtuh! Pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai... Memang rezeki kumpul duit kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak order makanan Grab, dia suruh jimat” - Dapat suami pemalas, wanita luah rasa penat... semua kerja rumah kena buat sendiri

Seperti yang dijelaskan menerusi video yang dimuat naik di TikTok, walaupun rumah mereka berjarak tiga minit sahaja dari pasar raya, namun kakaknya tetap memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Dia tidak mahu berjalan kaki kerana tidak mampu untuk mengangkut kesemua barangan yang telah dibeli.

Namun, setelah mendapat e-hailing yang dipandu seorang makcik, kakak Bell terkejut apabila dia disuruh membayar caj tambahan sebanyak RM5 atas alasan barang yang dibawa terlalu banyak.

Tidak puas hati dengan syarat tersebut, kakak Bell meminta penjelasan daripada pemandu berkenaan dan juga mengenai bayaran yang diminta, sambil senyap-senyap membuat rakaman.

"Saya selama ni banyak kali naik Grab tak ada pun kena (caj).

Seorang wanita diminta bayar lebih atas alasan barangan dibawa terlalu banyak.

"Saya pernah kak, beli barang sampai simpan dekat (seat) depan ni lagi. Tak pernah pun mereka kenakan caj. Saya pun dah banyak tahun naik Grab ni, pun tak pernah pun kena caj," kata kakak Bell kepada pemandu tersebut.

Dalam video sama, pemandu tersebut menjelaskan bahawa tiada paksaan sekiranya Bell enggan membayar caj tambahan yang dimintanya.

Bagaimanapun, dia menegaskan sekiranya menerima tempahan daripada kakak Bell pada masa akan datang, dia akan membatalkan tempahan tersebut.

"Mak siapalah ni. Dari (pasar raya) ke rumah, saya anggar tiga minit saja. Caj kereta e-hailing RM6 lepas tu ada penambahan lagi RM5 kena bagi by hand atas sebab bawa barang-barang dibeli.

Mak saya pernah buang ikan dia sebab Grab tu tak bagi tumpang kalau ada bawa ikan.

NETIZEN

"Pertama kali seumur hidup kena macam ni tau. Padahal bukan suruh dia yang tolong bawa barang-barang tu sampai depan pintu rumah," tulisnya dalam video yang tular.

Tegas Bell, kakaknya bukanlah terlalu berkira tentang bayaran RM5 yang dikenakan tetapi berpandangan cara pemandu ini memberi penjelasan perlulah lebih baik.

Perkara itu telah mendapat maklum balas daripada GrabMy apabila mereka membalas dengan satu komen pada video tersebut.

Komen netizen di TikTok.

"Hello, maaf ya. Cik dah buat laporan formal melalui aplikasi? Kalau sudah, jangan risau ya. Support team akan buat siasatan dan hubungi cik secepat mungkin," tulis pihak Grab.

Semakan mStar mendapati ramai yang turut berkongsi pengalaman buruk mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing di ruangan komen.

"Saya tak pernah naik GrabCar lagi lepas ada seorang tu cuba ambil kesempatan. Cium tangan masa nak bagi duit siap tanya ada suami ke tak.

"Kadang-kadang driver GrabCar ni cerewet juga. Mak saya pernah buang ikan dia sebab Grab tu tak bagi tumpang kalau ada bawa ikan," demikian antara luahan netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain