RAKYAT Malaysia sanggup lepak di kedai mamak sehingga awal pagi semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Itu belum lagi kemeriahan sorakan dan jeritan 'kaki bola' setiap kali pasukan pilihan mereka menjaringkan gol. Malah, sorakan dan semangat mereka juga mampu 'menggegarkan' Stadium Nasional Bukit Jalil. Maka tidak hairanlah apabila seorang lelaki warga asing turut berkongsi pengalamannya menaiki teksi di Malaysia apabila rata-rata pemandu menjadikan bola sepak sebagai topik utama perbualan. Rakyat Malaysia mengikuti perlawanan EPL. foto Reuters Lebih dikenali sebagai Pat, dia yang berasal dari England menyifatkan kebanyakan pemandu teksi yang ditemuinya sepanjang menggunakan perkhidmatan itu 'pakar' dalam bola sepak terutama Liga Perdana Inggeris (EPL). "Saya bersumpah, setiap teksi yang saya naik di Malaysia akan macam ni, 'Dari mana?' (pemandu tanya) "(Jawab) Dari England. Oh England, Premier League (Liga Perdana)... Harry Kane (pemain England, Tottenham Hotspur), Liverpool, Manchester United," katanya. AFTIKEL BERKAITAN: Terkejut rakyat Malaysia main bola jam 1.30 pagi, Minah Salih disaran keluar lewat malam tinjau KL... lepak mamak, 'layan' nasi lemak ARTIKEL BERKAITAN: Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol... gaya 'Siu' Ronaldo pun boleh buat Mengimbas kembali perbualan tersebut, dia menganggap kebanyakan pemandu teksi di Malaysia juga merupakan penyokong bola sepak EPL. "Saya bersumpah, setiap pemandu teksi di Malaysia adalah penyokong EPL," ujarnya lagi. Bukan sekadar pemandu teksi, semua rakyat Malaysia berminat dengan Liga Perdana Inggeris. NETIZEN Menurutnya lagi, dia merupakan penyokong kelab Fulham, pasukan yang berpangkalan di London. "(Saya) penyokong Fulham. Tidak pasti sama ada mereka popular di sini. (Fulham) adalah kelab tertua di London," katanya yang memberitahu dirinya juga penyokong bola sepak. Antara komen netizen. Menerusi ruangan komen di akaun TikTok @veggiesontour, rata-rata netizen berpendapat bahawa bola sepak merupakan sukan yang paling diikuti sebahagian besar rakyat Malaysia. Malah, ada yang memberitahu rakyat Malaysia mudah untuk diajak berbual, antara topik yang menjadi perhatian tentunya bola sepak. "Bukan sekadar pemandu teksi, semua rakyat Malaysia berminat dengan Liga Perdana Inggeris dari zaman hitam putih (era 1960-an). "Sudah tentu, Liga Perdana merupakan liga nombor satu di dunia. "Bola sepak adalah 'budaya' kami. "Malaysia merupakan antara penyokong EPL yang hebat. Saya penyokong Chelsea. "Saya fikir anda betul. Malah sesiapa saja di jalanan juga (melakukan perkara sama)," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube