MEMUTUSKAN untuk membeli sebuah kereta perlu dibuat dengan mengambil kira beberapa pertimbangan. Pada masa kini, jenama kereta yang digunakan sering menjadi kayu pengukur status pemiliknya. Sebagaimana dikongsikan seorang aktivis di Facebook, Mohd Fadli Salleh, dia menceritakan semula perbualan dengan seorang rakan yang 'pukul rata' dengan menyatakan bahawa semua kereta adalah sama. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sentap sendiri, nak test drive Alphard jurujual saran Vellfire! Siapa pemikiran B40 sebenarnya? ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri naik motor ke tempat kerja dilanggar Vellfire, pemandu cabut lari! Rakaman dashcam bakal tentukan nasib pelaku "Baru-baru ni, seorang kawan saya beli kereta Toyota Alphard. Kemudian ada kawan tegur dia kata kereta ni setakat nak bawa kita dari point A ke point B sahaja. Pakai Axia pun boleh sampai point B. "Pakai Alphard pun sama. Tak perlu membazir beli yang mahal-mahal. Cukup pakai yang biasa-biasa. "Dari membazir beli kereta, baik beli rumah. Rumah ni sentiasa naik harganya. Kereta beli hari ni, esok jatuh dah harga," Fadli mengimbas kata-kata kawannya itu. Fadli yang merupakan seorang guru bersetuju dengan kenyataan tersebut malah tidak menganggap apa yang dilontarkan rakannya itu sebagai satu isu. Keselesaan dan keselamatan kereta Alphard lebih baik berbanding Perodua Axia. -Gambar hiasan Bagaimanapun, dalam masa yang sama dia sedar jenis dan hargalah yang akan menentukan tahap keselesaan dan keselamatan sesebuah kereta. Bagi Fadli, sudah tentu keselesaan dan ciri keselamatan pada kereta jenama Alphard adalah lebih baik berbanding Perodua Axia. "Jalan jauh pun tak sakit badan, suspension, absorber semua padu. Kena dengan harga dekat RM400,000 tu. "Pada aku, kalau mampu beli sajalah. Pakai saja untuk keselamatan yang lebih, untuk keselesaan lebih. Tapi kalau nak bayar bulanan pun sakit, nak renew roadtax, tukar tayar terpaksa berhutang, tu baru tak layak beli. Dari ada 20 rumah tapi naik kereta Myvi terpakai, makan dan melancong berjimat, baik ada dua buah rumah tapi kenderaan selesa, sesekali makan mewah, sesekali melancong sakan. MOHD FADLI "Ukur baju badan sendiri guys. Ada orang ada banyak rumah. Sampai berbelas biji, tapi berjimat pakai Myvi, pakai kereta terpakai. Tak salah pun, cuma kalau aku, aku rasa ralat sikit," katanya. Bagi Fadli, tidak perlulah terlalu mengejar kuantiti rumah dan membuat simpanan sehingga terpaksa ikat perut. Malah, dia juga berpandangan menjadi satu kerugian jika keluarga tidak dapat menikmati hasil kerja keras kita selain berkemungkinan akan menjadi rebutan dan menimbulkan pergaduhan sesama anak-anak kelak. "Dari ada 20 rumah tapi naik kereta Myvi terpakai, makan dan melancong berjimat, baik ada dua buah rumah tapi kenderaan selesa, sesekali makan mewah, sesekali melancong sakan. Pada aku, begitu lebih baik. Begitu lebih nikmat. Fadli rajin berkongsi cerita di Facebook. "Namun yang prefer ada 20 rumah dan berjimat cermat dalam segala benda, kalian pun betul juga. Tiada masalah. Kalian bahagia begitu, teruskanlah begitu," ujar Fadli lagi. Hantaran dibuat meraih lebih 14,700 tanda suka dan 2,100 perkongsian semula setelah menjadi tular. Rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Fadli mengenai pembelian kereta dengan harga mahal lebih selesa berbanding kenderaan lebih murah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube