suria

Pelajar kudung 2 tangan senyum dapat makan corndog, kawan setia suap sampai habis - “Mulianya hati awak, dik”

Tangkap layar pelajar OKU disuap makan oleh seorang rakan dalam video yang tular.

UJIAN yang perlu ditempuhi setiap orang adalah berbeza-beza.

Ada insan yang diuji dengan kemiskinan hidup, masalah keluarga malah ada juga yang diduga dengan kelainan fizikal.

Tidak kira siapa kita dan ujian apa yang didatangkan oleh Allah, sebagai manusia kita sepatutnya berbuat baik antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter menunjukkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) disuapkan makanan oleh seorang rakannya.

Adegan menyentuh hati itu dipercayai berlaku ketika waktu rehat di sebuah sekolah rendah.

Tangkap layar pelajar OKU disuap makan oleh seorang rakan dalam video yang tular.

Jelas kelihatan pelajar OKU itu kudung kedua-dua tangannya sekali gus tidak mampu memegang makanan sendiri.

Bagaimanapun, 'kekurangan' fizikal pada dirinya itu seolah-olah 'dilengkapkan' semula oleh seorang lagi pelajar yang sabar menyuapkannya makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sama-sama tak sempurna... babak dua rakan suap kawan ‘anak syurga’ buat ramai bergenang air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU buktikan kawan-kawannya salah... tangan kudung pun boleh cari rezeki, bukan hanya mampu kerja minta sedekah!

“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan awak nak makan tu. Sangat istimewa,” tulis ric_callmeric pada video berdurasi 20 saat itu.

Hubungan antara dua individu itu membuatkan ramai netizen terharu dan tersentuh hati.

Jika diteliti, murid lelaki OKU itu begitu berselera dan gembira dapat menikmati 'corndog' di kantin sekolah bersama rakan yang lain.

Pure soul... semoga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.

NETIZEN

Hantaran tersebut telah ditonton hampir 800,000 kali setelah dimuat naik.

Ramai juga memuji didikan ibu bapa serta orang sekeliling murid tersebut sehingga membentuk sahsiah peribadi yang begitu baik.

Pure soul... semoga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.

Komen netizen di Twitter berikutan video tular.

“Ibu bapa membesarkannya dengan baik,” antara komen netizen pada ciapan asal.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan berharap persahabatan mereka terus kekal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain