suria

Tragedi ibu meninggal, derita asma sampai masuk ICU jadi pembakar semangat... Dua sahabat pulun belajar, akhirnya dapat Dekan!

Auyin sahabat itu berjaya meraih keputusan cemerlang selepas diuji hebat ketika di universiti.

SETIAP manusia tidak terlepas menerima ujian dalam hidup mereka.

Dua sahabat karib dikenali sebagai Auyin dan Iqa turut berdepan pelbagai cabaran ketika mereka melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Negeri Sembilan.

Menurut Auyin, 25, dia dan rakan sebayanya itu tetap berjuang biarpun diuji hebat dengan bencana alam, penyakit serta kematian ahli keluarga.

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar struggle belajar online. Ada pensyarah yang memahami, tapi ada juga pensyarah yang tak faham rumah kami tiada Wi-Fi, guna internet yang dibeli saja.

auyin3

Selepas Iqa diuji kematian ibu, Auyin pula terpaksa bercuti panjang akibat dimasukkan ke ICU.

"Paling terkesan adalah semasa banjir teruk. Kawan baik saya Iqa adalah mangsa banjir. Mak dia memang sakit, dia pun duduk rumah jaga mak dia sepanjang PKP. Ketika berpindah ke pusat pemindahan, mak dia meninggal.

"Pada masa itu, kami berada dalam minggu 12 hingga 13, yang mana dia sangat hectic. Kami kena hantar laporan, ada kuiz, pembentangan dan semualah. Masa tu juga mak dia meninggal, dia sedih dan nak berputus asa," ceritanya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, rakan karib Auyin yang masih sedih dengan kematian ibu turut mengalami tekanan kerana diasak dengan pelbagai tugasan sebagai pelajar.

"Acap kali saya nasihatkan dia supaya jadi kuat dan ikut kata arwah mak dia iaitu belajar sampai habis. Sepanjang dia break down, saya bantu buat semua assessment dia sebab saya mampu dan saya kesian pada dia.

Banyak cabaran yang kami harungi seperti banjir, kematian, ICU... masa itu hanya tangisan je dapat ditunjukkan.

AUYIN

"Ada certain pensyarah tak nak ambil tahu keadaan dia dan tetap asak dia untuk submit assessment, ramai pelajar masa itu lawan dan minta keadilan demi pelajar-pelajar seperti dia. Alhamdulillah suara kami didengari.

"Setiap kali dia call saya heartbroken, saya nak ikut nangis tapi saya kena kuat demi dia juga dan Alhamdulillah, berkat doa semua orang, dia bangkit dan belajar balik," ujarnya.

Selepas rakannya diuji hebat, Auyin berkata dia pula berdepan masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Ketika bertarung nyawa akibat penyakit asma, Auyin berkata sahabatnya itu membalas budi dengan menyiapkan segala tugasan tahun akhir (FYP) untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal secara mengejut, adik bongsu pula ‘lost’ tak mahu ambil SPM... Kakak tak duduk diam, pulang ke Kelantan demi keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Pagi sekolah, kerja pula sampai malam, tiba-tiba pelajar ini buat keputusan drastik demi ibu

"Selepas berbulan sejak kejadian itu, saya pula tumbang, kesihatan saya makin terjejas. Saya memang penghidap asma sejak darjah lima. Asma menyerang semasa saya sedang siapkan FYP. Saya dimasukkan ke ICU tanpa sempat memberitahu pada sesiapa, diangkut dengan ambulans sebanyak dua kali.

"Projek FYP ni saya berpasangan dengan dia. Cuba bayangkan, saya tinggalkan dia secara terkontang-kanting. Apabila dia dapat tahu, dia terpaksa carry projek FYP sendirian.

"Daripada kosong sampai menjadi 50 peratus siap seorang diri. Dia kena interview orang, dia kena online temujanji dengan pensyarah dan macam-macam lagi," imbas Auyin.

auyin2

Dua sahabat itu saling membantu sehingga berjaya meraih kejayaan di semester akhir.

Bagai membalas budi, kali ini Iqa pula yang banyak memberi semangat untuk Auyin kembali sihat dan bangkit meneruskan perjuangan sebagai pelajar.

"Ketika di ICU, doktor tak bagi saya menangis. Tapi saya menangis kerana memikirkan nasibnya. Sungguh dia kuat, saya jadi putus asa untuk meneruskan degree apabila saya dapat tahu paru-paru saya dah abnormal. Bila dia tahu, dia yang kuatkan saya balik, berkali-kali kata kita dah hampir menghabiskan perjuangan kita berdua.

"Awak dah bantu kita apabila mak kita meninggal, kita pula akan naikkan semangat awak. Kata-kata tu sangat mendalam bagi saya dan akhirnya, saya juga bangkit dan teruskan pelajaran. Maka kami berdua berjaya menghabiskan ijazah kami," ujar Auyin.

Selepas mengharungi pelbagai dugaan, mereka akhirnya menamatkan pengajian pada Mac 2021 dan berjaya meraih keputusan cemerlang yang disambut dengan tangisan kegembiraan.

file7p6m56tiy0wldk2zdoe

Iqa diuji hebat apabila ibunya meninggal dunia ketika banjir melanda. (Gambar Hiasan)

"Kami check result, kami dapat anugerah dekan... first time dan last time. Kami tak pernah dekan selama ni. Banyak cabaran yang kami harungi. Banjir, kematian, ICU... Kami dekan. Pada masa itu, hanya tangisan je dapat ditunjukkan.

"Akhirnya kami dapat gembirakan parents kami, walaupun sekali sahaja tapi masih dapat buat mereka menangis gembira. Saya yakin, arwah mak kawan saya mesti happy dengan kawan saya.

"Kalau kita sabar dan tabah, kuat menjalani sebarang cabaran kehidupan, Allah akan beri ganjaran yang tinggi," ujarnya mengakhiri bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain