suria

Majlis kahwin sederhana petanda jodoh tak panjang... Wanita pandai-pandai ’tilik’ nasib suami isteri teruk dikecam

Komen seorang individu yang mencetuskan perdebatan di media sosial. Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mempunyai majlis perkahwinan impian sendiri tambahan pula ia merupakan antara peristiwa bersejarah dalam hidup.

Ada yang suka melangsungkan hari bahagia secara besar-besaran sehingga berhari-hari lamanya, namun ada juga yang lebih suka meraikan majlis dalam skala kecil kerana lebih privasi dan intim.

Asalkan sudah melunaskan perkara yang wajib, justeru majlis persandingan atau resepsi terpulang kepada hak individu untuk dilangsungkan mengikut bajet masing-masing.

Namun begitu, ada pula individu yang 'memukul rata' tampil dengan teori sendiri yang mengaitkan majlis perkahwinan dengan penceraian.

"Selalunya yang kahwin simple ni lah yang akan bercerai dulu. Bukan nak kata apa la... selalunya. Tak kata semua.

kahwin 2

Ramai yang memilih untuk berbelanja dengan bijak termasuk penganjuran majlis perkahwinan. Gambar hiasan

"Sebab no efforts untuk majlis so tak ada kenangan sangat and tak rasa kahwin tu precious. Please lah," tulis individu berkenaan dalam satu ciapan.

Ternyata, ciapan berkenaan mengundang perdebatan hangat di Twitter sehingga melarat ke Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Mekap sendiri, pakai baju lama! Pengantin baharu selamat ‘kahwin bajet’, kos bawah RM1,000 - “Saya tak pernah fikir tentang orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tawar hantaran 20K nak pinang GF, bakal bapa mentua tanya ‘tak rasa tinggi sangat ke?’ Selepas nego jimat RM5,000

Rata-rata warga maya mengecam individu berkenaan kerana mengeluarkan teori secara random bahkan tidak disokong oleh data atau statistik yang sahih.

Bagi mereka, besar atau kecil skala majlis perkahwinan seseorang bukanlah penentu hayat sesebuah perkahwinan tambahan pula sudah ramai yang memilih untuk merancang perbelanjaan lebih bijak.

Islam sendiri ajar kahwin paling berkat yang paling rendah mahar. Melainkan kalau anda betul-betul kaya.

NETIZEN

"Apa data dan fakta dia? Hanya emosi dan andaian. Perkahwinan bukan pada effort saja tapi agama dan pemikiran.

"Aku hari tu kahwin pakai modal RM2,000. RM1,000 sebelah lelaki dan RM1,000 sebelah perempuan. Alhamdulillah sekarang dah 10 tahun usia perkahwinan, anak dah tiga.

"Islam sendiri ajar kahwin paling berkat yang paling rendah mahar. Melainkan kalau anda betul-betul kaya.

komen kahwin

Antara komen netizen terhadap ciapan individu berkenaan.

"Mak bapak kita dulu pun kahwin simple je... kekal hingga ke akhir hayat," demikian antara komen netizen.

Sekadar pengetahuan bersama, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf (berlebih-lebihan) dan juga membazir.

Ia juga menyatakan, ibu bapa kepada bakal-bakal pengantin dinasihatkan supaya sentiasa mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain