suria

Tulang punggung patah, paha koyak! Gadis trauma kemalangan, motor remuk disondol tapi tak boleh tuntut insurans

Aqish terbabit kemalangan jalan raya menyebabkan dirinya trauma.

MALANG tidak berbau!

Insiden yang berlaku kepada Adrina Balqish, 17, bersama seorang rakannya pada 1 November tahun lalu menyebabkan tulang punggungnya di sebelah kiri patah.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang senang disapa Aqish ini menceritakan semula dengan lebih terperinci pengalamannya ketika terbabit dalam kemalangan tersebut.

"Malam kejadian tu saya keluar pergi makan dengan kawan. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah hujan.

"Saya dan kawan pun berhenti dekat stesen minyak Caltex, Pachor, Kelantan. Kami berteduh dekat situ tunggu sampai hujan reda sikit. Kemudian kami pun gerak balik bila tengok jam dah lewat malam.

Bahagian paha Aqish terkoyak sehingga tidak mampu untuk membengkokkan kaki.

Bagaimanapun gadis ini tidak bernasib baik apabila motosikal jenis Honda Wave dinaikinya dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Axia ketika dia mahu memasuki simpang jalan.

Perlanggaran yang berlaku menyebabkan Aqish dan rakannya terjatuh dari motosikal dan tidak sedarkan diri.

"Masa nak belok kereta tu langgar belakang motosikal. Lepas jatuh kami jadi blur dan tak sedarkan diri lebih kurang dua-tiga minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider langgar lampu isyarat, rempuh wanita sarat hamil 7 bulan! Suami mangsa cari pelaku ‘ajak bincang’

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Vellfire langgar lari didakwa milik anak VIP! Ahli keluarga mangsa cuma mahu keadilan, mujur saksi sempat tengok nombor plat

"Waktu sedar tu dah ada atas jalan. Macam mimpi. Saya ada cuba panggil orang dekat sekitar kawasan tu untuk tolong. Saya juga cuba bangun untuk duduk tapi memang terasa sakit sangat dekat bahagian punggung.

"Bila tengok lutut, terkejut sangat sebab terkoyak. Bahagian paha pun terkoyak sampai nak lipat (bengkok) pun sakit. Tapi baju yang saya pakai tu tak ada langsung kesan terkoyak atau bercalar," kata Aqish lagi.

Jelasnya yang berasal dari Kelantan, motosikalnya remuk teruk di semua bahagian kecuali di bahagian belakang.

Pada masa itu, dia sempat menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan apa yang berlaku dan meminta bantuan.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Axia dan motosikal miliknya.

"Saya kemalangan dalam pukul 11.30 malam tapi ambulans datang sekitar 12.30 pagi. Apabila dah sampai dekat hospital, kami kena tunggu giliran lebih kurang empat jam untuk cuci luka.

"Masa dah buat imbasan X-ray baru tahu bahagian dalam tulang punggung patah sikit dan kaki belah kiri tepi lutut retak. Kawan saya pula cedera hingga patah kaki sebelah kanan.

"Dalam pukul 6 pagi tu dah dapat masuk wad saya terus tidur sebab dah penat sangat. Pembedahan dibuat pada malam tu. Sebelum jahit bahagian kaki yang terkoyak, doktor buang kaca dan pasir dalam luka tu," katanya lagi.

Lagi sedih bila tak boleh nak buat tuntutan dekat orang yang langgar saya sebab kereta dia bawa tu tak ada insurans.

ADRINA BALQISH

Selepas dua hari berada di hospital, Aqish dibenarkan keluar.

Menurutnya lagi, pengalaman pahitnya ini membuatkan dirinya trauma sehingga takut untuk menunggang motosikal lagi.

Bagaimanapun, luah Aqish, dia berasa terkilan dengan sikap pelaku yang didakwa seolah-olah lepas tangan dan enggan bertanggungjawab.

Imbasan X-ray bahagian kaki Aqish.

"Bila dah keluar hospital barulah saya tahu telefon saya dah hancur dan rosak terus.

"Lagi sedih bila tak boleh nak buat tuntutan dekat orang yang langgar saya sebab kereta dia bawa tu tak ada insurans. Sehari selepas kejadian, dia bagi alasan tak dapat datang tengok sebab anak sakit.

"Selepas kejadian ni, saya jadi semakin berhati-hati. Saya kongsikan video tu juga sebagai peringatan dan diharapkan orang ramai ambil iktibar dengan insiden terjadi dekat saya," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain