suria

Anak jiran buat kereta macam playground, mustahil tak sengaja! Pemilik niat nak tegur mak ayahnya demi kebaikan

Anak jiran kepada kakak Faiz memanjat kereta yang diparkir di hadapan rumah.

KANAK-kanak secara semula jadinya mempunyai sifat lincah, lasak dan aktif.

Ada kalanya telatah mereka boleh memeningkan kepala ibu bapa.

Dalam situasi seperti ini, ibu bapalah yang sewajarnya memainkan peranan penting untuk memberi teguran ataupun mengawal situasi kerana dibimbangi anak-anak mereka bertindak keterlaluan sehingga boleh mengundang rasa kurang senang atau mengganggu orang sekeliling.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, dia berkongsi aksi beberapa kanak-kanak yang bertindak agak keterlaluan apabila memanjat kereta milik kakaknya.

"Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?" demikian kapsyen pada video yang dikongsikan di laman sosial berkenaan.

tweet

Ciapan Faiz meraih lebih daripada 3,000 ulang kicau.

Ketika dihubungi mStar, pemilik video berkenaan yang senang disapa Faiz berkata kejadian tersebut dirakam oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja, baru-baru ini.

"Rumah tersebut didiami oleh kakak, ibu dan bapa saya. Masa hampir nak sampai rumah, adik nampak ada tiga kanak-kanak sedang bermain di hadapan rumah kakak dengan salah seorang daripada mereka memanjat kereta kakak yang diparkir di hadapan pagar.

"Dia sempat membuat rakaman hanya sekadar untuk disimpan sebagai bukti. Kanak-kanak tersebut anak jiran kakak.

"Apabila sampai depan rumah, adik saya sempat tegur budak-budak tu dan mereka kemudian lari masuk rumah," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak parkir level ‘abang kawasan’, siap ada bangsal berbumbung tengah jalan! Selepas viral laju PBT datang buat lawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur sampai bermasam muka, apa nak buat kalau jiran kemaruk letak kereta depan rumah kita? Ini jawab peguam hartanah

Faiz berkata selepas kejadian, kakaknya pergi ke rumah jiran mereka untuk memberitahu mengenai perkara tersebut hanya sebagai untuk menyuarakan teguran.

Bagaimanapun ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tiada di rumah, mungkin keluar bekerja ataupun mempunyai urusan.

"Jadi mereka belum berpeluang bertemu ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut. Namun kakak akan cuba juga bertemu kalau nampak ibu bapa mereka ada di rumah.

"Kalau tak beritahu, sampai bila-bila pun mak ayah mereka tak tahu. Ini pun untuk kebaikan anak-anak mereka juga," katanya.

Pemuda ini menegaskan, tindakannya memuat naik video tersebut di laman sosial hanyalah semata-mata mahu menyampaikan mesej mengenai pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka mengenai adab.

Suarakan je. Kalau kenal parents bagitahu terus. Kalau tak kenal masukkan je dalam group perumahan.

NETIZEN

"Sebenarnya ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku. Sebelum ini, anak-anak jiran main bola dan terkena kereta hingga calar. Tapi masa itu kita anggap tak sengaja saja.

"Tapi kali ini sampai panjat kereta orang, agak luar biasa rasanya. Kalau nak main, boleh saja main dekat taman permainan yang terletak tak jauh pun dari rumahnya.

"Saya pun pernah jadi kanak-kanak tapi ibu bapa ajar kami adik beradik mengenai adab... tidaklah sampai memanjat sana sini.

"Ada yang komen kenapa parking dekat luar? Sebenarnya, itu lorong jalan mati. Dan kebanyakan penghuni pun parking di luar sebab ada lebih daripada dua kereta.

"Bagi saya, perkara ini general... semua ibu bapa perlu ajar anak-anak mereka mengenai adab," katanya lagi.

komen jiran

Antara komen netizen pada perkongsian berkenaan.

Sehingga kini perkongsian Faiz meraih lebih daripada 3,000 ulang kicau dengan rata-rata warga maya turut menyokong pandangannya mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang adab.

"Budak memang belum ada akal tapi mak bapa budak ni akal dekat b**tot ke?

"Suarakan je. Kalau kenal parents bagitahu terus. Kalau tak kenal masukkan je dalam group perumahan.

"Boleh pecah weyh cermin depan tu... haishh.

"Saya ada pengalaman anak jiran tiba-tiba ambil batu nak baling dekat kereta saya masa lalu time balik kerja.. terbrek emergency tau.

"Minggu lepas baru kena dekat aku, budak-budak main bola then shoot kena kereta aku. Aku terus mengamuk, terajang basikal anak aku. Tak sengaja terkena basikal-basikal diaorang. Then aku jerit, aku dah cakap banyak kali main bola dekat padang. Lari semua," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain