suria

Syarikat kerah tenaga staf tapi potong elaun, OT! Bonus jangan mimpi, tawar ganjaran ‘lunch’ jika capai target

Luahan seorang individu mengenai rasa kecewa dengan pihak atasan syarikatnya. Gambar sekadar hiasan

MENDAPAT pekerjaan di syarikat yang menjaga kebajikan serta menghargai para pekerjanya juga merupakan salah satu bentuk rezeki.

Selain faktor gaji, suasana persekitaran tempat kerja yang tidak 'toksik' juga menjadi antara elemen yang membuatkan seseorang kekal di sesuatu syarikat untuk jangka masa lebih lama.

Bukan sesuatu yang menghairankan jika seseorang sanggup menghantar notis berhenti kerja jika usaha mereka dirasakan tidak mendapat balasan yang setimpal.

Baru-baru ini, luahan seorang individu mengenai layanan pengurusan syarikat tempatnya bekerja meraih perhatian warga maya.

Mana tidaknya, dia dan rakan sekerja didesak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan syarikat sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak mendapat ganjaran yang setimpal malah sudah tidak menikmati bonus selama beberapa tahun.

kedekut 2

Luahan seorang individu mengundang perhatian warga maya.

"Just nak meluahkan. Dekat mana tempat kerja yang korang rasa bos dia appreciate staf?

"Kau bayangkan kau dah kerja lama. Dengan tak cukup staf, then elaun komisyen, OT (overtime) semua cut. Dengan bonus selama empat tahun tak pernah dapat," luahnya di media sosial.

Tambah individu tersebut juga, lebih parah, dalam situasi syarikat menghadapi kekangan staf, pihak atasan 'menekan' para pekerja untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada elaun! Syarikat beri peringatan awal, minta bakal intern fikir ilmu berbanding duit - “Pelajar yang patut bayar kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir pengebumian, tolong rakan atau ahli keluarga kemalangan tak boleh cuti... ‘syarikat dari neraka’ tawar jawatan kosong dibidas!

"Then bulan ini dalam masa 17 hari, diaorang suruh push untuk target RM120,000?

"Then benefit, lunch je? Kelakar kan? Lunch yang saya maksudkan bukan lunch besar-besar. Lunch untuk staf setakat RM15 macam tu untuk seorang staf

"Then kenapa bila tanya pasal elaun, komisyen, mesti dia kata company rugi. Sedihnya," luah individu berkenaan lagi.

Dia turut memuat naik beberapa tangkapan skrin (screenshot) perbualan grup WhatsApp syarikatnya, yang mana ia merupakan arahan pihak atasan untuk 'menekan' pekerja.

Empat tahun tak ada bonus. Tolonglah kasihankan diri sendiri.

NETIZEN

Namun individu tersebut tidak menyatakan nama syarikat atau jawatannya di dalam hantaran berkenaan.

Luahan tersebut yang kemudian dikongsikan di laman Twitter @isusemasaviral mengundang perhatian daripada warga maya.

Rata-ratanya menyarankan agar individu berkenaan segera 'angkat kaki' daripada terus membiarkan diri menjadi 'hamba' di syarikat yang tidak mengambil kira kebajikan pekerja.

Namun ada juga segelintir warga maya yang menyalahkan individu berkenaan kerana tidak mengambil tindakan yang bijak kerana terus setia di syarikat yang sama bertahun-tahun lamanya.

komen company

Antara komen netizen yang menyarankan individu berkenaan agar 'mengangkat kaki'.

"Aku takda bonus setahun dah blah. Macam manalah boleh stay empat tahun.

"Empat tahun tak ada bonus. Tolonglah kasihankan diri sendiri. Limit diri anda maksimum dua tahun saja. Tiada bonus, tiada kenaikan gaji? Tinggalkan saja syarikat itu, mereka tak hargai anda.

"Salahkan diri sendiri bebal. Kau stay lagi dekat situ kenapa? Kalau kau rasa kau kena pijak, takkan bos kau nak kena pijak kepala kau betul-betul sampai lunyai baru kau nak sedar dipergunakan?

"Jangan bazir masa dengan majikan yang tak ada action untuk kebajikan staf dan reward atau faedah yang patut dapat. Berhenti kerja saja dan carilah tempat yang lebih baik. Bangun pagi, hati senang, senyum ke tempat kerja... itulah nikmat rasa sebenar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain