suria

Helah lelaki duda cari pasangan terbongkar, rupanya nak suruh jadi ‘maid’ jaga anak... Paling sadis duit belanja pun tak bagi!

Duda menemui pasangan baharu yang dapat menjaga anak-anaknya. (gambar hiasan: Freepik)

SELAIN janda, 'saham' lelaki duda juga selalunya melambung tinggi.

Walaupun berstatus duda yang mempunyai anak, mereka tetap menjadi pilihan ramai wanita.

Namun awas buat mereka yang berkenaan, terdapat amaran buat anda.

Kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang lantang bersuara memberi peringatan kepada golongan duda yang mempunyai anak sekiranya mereka mahu berkahwin lagi.

Menerusi satu perkongsian video, wanita itu memaklumkan tegurannya berdasarkan situasi sebenar yang diluahkan oleh seseorang.

"Yang ni bukan create content ya, ada orang minta tolong (tegur). Dia luahkan perasaan dia pada akak.

"Duda yang ada anak, kamu kahwin tak kira la dengan anak dara ke atau janda yang tak ada anak. Sebelum kau dapat (kahwin), dia tu bekerja. Dia simpan duit sendiri, dapat beli apa yang dia suka," katanya.

Tangkap layar video seorang wanita memberi peringatan kepada duda-dua yang mempunyai anak.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila si wanita diminta untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah selepas berkahwin.

"Masa kamu kenal dengan dia tu, kamu tabur ayat-ayat cinta... abang dapat awak, abang jaga awak sebaik mungkin.

"Helmet pun dipakai, dia tersadung batu pun kau marahkan batu. Tapi apabila kau dah dapat, kau suruh dia berhenti kerja, anak pula kau suruh dia jaga.

"Masalahnya pula, duit pun kau tak bagi sampaikan pasangan kau ni terpaksa merayu kepada keluarga, minta tanggung. Yang ditanggung pula bukan anak dia, tapi anak kau," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang jadi suri rumah selepas kahwin, BF duda respons ‘kerja malam je’! Gadis keliru dia lelaki gatal atau normal

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cikgu, kini suami! Beza usia 22 tahun, guru duda kahwin dengan pelajar... rupanya jarak rumah 800 meter je

Wanita itu sekali lagi menegaskan bahawa amarannya hanya untuk duda-dua yang mempunyai anak dan berhasrat untuk berkahwin lagi.

"Duda yang tak berkenaan jangan pula nak kecam akak pula. Ini (untuk) yang berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, wanita berkenaan menggesa mana-mana duda yang mempunyai anak dan mahu berkahwin perlu berfikiran secara rasional dan matang sebelum mahu kembali bergelar suami.

Semua perempuan kena berhati-hati tau.

NETIZEN

"Tolong pakai akal, kau dapat anak orang. Orang tu sebelum ni bekerja dapat bagi mak bapa duit. Tapi apabila kau menjanjikan ayat-ayat manis, dia pun percaya.

"Rupanya kau suruh dia jadi orang gaji kat rumah. Duit kau tak bagi, suruh jaga anak kau, apa masalah kau ni. Otak mana otak? Cuba fikir, jangan nak lepas tengkuk sendiri saja. Jadi manusia normal," katanya.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan peringatan tersebut dan mempersoalkan sama ada duda 'berkenaan' berkahwin atas dasar cinta atau mahu seseorang yang mampu menjaga anak-anaknya.

"Memang dah dapat, semua nak tolong selesaikan masalah dia pula.

"Betul tu, semua perempuan kena berhati-hati tau. Dengar apa akak ni cakap.

"Duda tak kaya memang nak buat isteri baharu jadi kuli dia. Baik la single ada kerja, gembira selalu.

"Abang duda tolong jangan tabur janji kalau tak mampu tepati. Ingat tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain