suria

Khairulaming mulakan aksi bulan Ramadan dengan menu sahur, awas resipi simple tapi boleh buat diet hancur!

Khairulaming sudah mengeluarkan 'buah tangan' signatur 30 Hari 30 Resipi selama enam tahun.

MENJELANG Ramadan, nama personaliti media sosial ini pasti akan menjadi sebutan ramai.

Mana tidaknya, rata-rata tidak sabar menantikan menu berbuka yang bakal dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih popular dengan nama Khairulaming ini menerusi buah tangan signaturnya, '30 Hari 30 Resipi'.

Bagaimanapun sebelum umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada Khamis, Khairulaming tampil dengan video pertama untuk menu sahur, pada Rabu malam.

"Hey Whatsup guys. Selamat datang ke bulan Ramadan. Hari ini kita nak buat menu sahur untuk esok... ha esok dah sahur dah," ujarnya pada permulaan video yang dimuat naik di Instagram.

Untuk sahur bagi hari pertama Ramadan, menu yang menjadi pilihan untuk disajikannya adalah telur mata goreng cili padi.

aming 2 baru

Menu sahur yang menjadi buah tangan pertama Khairulaming pada Ramadan kali ini.

Meskipun hanyalah menu ringkas, tetapi melihat cara penyediaan pemuda berusia 31 tahun ini, ternyata menu berkenaan mampu membuatkan setiap penontonnya terliur.

Sehingga kini video berkenaan meraih 2.7 juta jumlah tontonan dan lebih 307,000 tanda suka (like).

ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji ‘belanja’ 30 resipi sepanjang Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan video Khairulaming, suami cuba buat kuih keria untuk isteri tapi jadi ‘upside down’ – “Nampak elok, luarnya keras sampai melekat di piring”

"Lauk yang boleh buat diet hancur. Simple tapi boleh makan nasi banyak.

"Ini sahur nasi tambah tiga kali ye kawan-kawan.

aming 3

Sambal Nyet yang dihasilkannya Khairulaming menjadi fenomena.

"Habislah telur dengan kicap dekat rak esok," demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Khairulaming turut memaklumkan video untuk menu berbuka akan dimuat naik pada waktu tengah hari.

Untuk rekod, video masakan signaturnya '30 Hari 30 Resipi' kini sudah mencecah 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain