suria

Kawan kerja gomen cerai-berai gara-gara hutang! Terpengaruh budaya tunjuk hidup mewah sesama ‘officemate’

Hidup seseorang boleh musnah gara-gara hutang. Gambar sekadar hiasan

SUDAH banyak berita yang dikongsikan di media arus perdana mahupun media sosial mengenai kes jenayah ataupun bankrap gara-gara berhutang.

Paling menyedihkan, kebanyakan kes berkenaan melibatkan golongan muda.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Melihat trend yang membimbangkan itu, seorang pengguna Facebook, @XiaVerEKeng tampil berkongsi nasihat kepada golongan muda agar menjauhi tabiat suka membuat pinjaman sehingga akhirnya terbeban dengan hutang.

hutang 1

Perkongsian seorang individu mengenai kisah rakan-rakannya yang dilanda masalah disebabkan berhutang.

Menurut individu berkenaan, dia terpanggil untuk berbuat demikian selepas menyaksikan kebanyakan rakan-rakannya kini sengsara gara-gara terlalu mengikut nafsu muda.

"Nasihat aku untuk anak muda bawah 30an. Janganlah terjebak dengan hutang, sebab korang masih muda... belum cukup asam garam, darah muda.

"Lagi pula zaman media sosial sekarang ni masing-masing berlumba nak tunjuk itu ini. Dengan hutang ni kalau tersilap langkah, kau bergaji M40 pun boleh downgrade kepada B40.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lega terlepas cengkaman hutang Ah Long, punca pinjam sebab nak move on putus cinta... kini bina hidup baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah diusir, dipulaukan tetangga! Penduduk ketakutan Ah Long ugut minta langsai hutang anak jiran, tiba-tiba kena jadi penjamin

"Aku bekas kakitangan kerajaan, banyak yang aku tengok officemate aku salah urus hutang. Terpengaruh dengan kawan-kawan. Daripada seorang yang positif berubah jadi negatif, terjebak dengan mesin, dadah, ahlong, bercerai-berai.

"Sudahnya kerjaya kawan-kawan aku ramai yang terbabas sekerat jalan semuanya berpunca daripada hutang. Gali lubang tutup lubang," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Tambah individu berkenaan, tiada gunanya bersaing dengan rakan ataupun orang sekeliling jika kesudahannya perlu menanggung sengsara.

Apa guna shortcut kalau jiwa merana hati tak tenang.

PENGGUNA FACEBOOK

"Belajarlah hidup dengan apa yang ada je. Gajet, kereta, motor, rumah dan lain-lain pelan-pelan achieve dan rancang.

"Tak perlu pun nak bersaing dengan adik beradik, kawan-kawan siapa yang lagi hebat. Kawal nafsu. Hutang ni sangat bahaya, boleh jadi punca segala benda negatif akan datang," katanya.

Malah ujarnya, apa yang lebih membimbangkan, hutang akan membuatkan seseorang itu gagal mencari jalan keluar sehingga tua gara-gara tersilap langkah.

"Belajarlah berjimat cermat, pakai apa yang ada dan semampunya. Percaya dengan rezeki, suatu masa nanti cepat atau lambat kau dapat juga. Apa guna kalau shortcut jiwa merana hati tak tenang," nasihatnya lagi.

komen hutang

Antara komen warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

Hantaran individu berkenaan meraih 128 shares dan lebih 1,000 tanda suka (likes) di Facebook.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangannya selain ada di antara mereka berkongsi pengalaman rakan masing-masing yang merana akibat terjebak dengan hutang.

Dalam waktu yang sama, warga maya memuji pendekatan individu berkenaan kerana berkongsi perkara positif sebagai peringatan bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain