LUMRAH hidup, banyak perkara yang akan berubah seiring dengan peningkatan usia kita. Bagi golongan warga emas, kebanyakan mereka akan menjadi pelupa atau dalam kata lainnya disebut nyanyuk apabila semakin bertambah usia. Begitulah juga yang dilalui Rejeah Mat Sohor, 89, yang semakin hari menjadi semakin pelupa dan perubahan ini disaksikan sendiri oleh cucunya, Shaheera Azhar, 23. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Shaheera, warga emas yang menetap di Kampung Kuala Sayong Hulu, Kuala Kangsar, Perak itu tidak lagi mampu menjalani ibadah puasa seperti tahun-tahun sebelumnya. "Tahun lepas opah masih berpuasa. Tapi tahun ini opah dah tak boleh puasa. Opah kini berkerusi roda, sebelah matanya juga dah tak nampak. "Kebetulan saya balik kampung untuk puasa. Tiba-tiba emak suruh hantar makanan ke rumah opah pada waktu siang. Saya terkejut bila disuruh hantar makanan. Paling best tentunya rendang opah, tiada siapa boleh lawan. Tapi sekarang opah dah tak larat. SHAHEERA AZHAR "Kemudian emak beritahu yang opah dah tak puasa. Ketika pergi hantar makanan tu, sempatlah saya sakat opah," ujarnya kepada mStar. Ketika menziarahi warga emas itu yang tinggal tidak jauh dari rumah keluarganya, Shaheraa juga sempat merakam detik-detik lucu bersama opahnya. Menerusi video tular yang meraih lebih dua juta tontonan, warga emas itu kelihatan selamba meneguk air kotak berperisa laici dan menjamu selera makan tengah hari sambil diusik oleh cucunya. ARTIKEL BERKAITAN: Cucu buka cerita punca siling rumah nenek runtuh... Mujur tuan rumah pergi umrah - “Nampak melendut, saya terus capai telefon” ARTIKEL BERKAITAN: Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’, siap keluar memancing tepi jalan... Rupanya ada kisah di sebalik kerusi roda RM3,000 ini "Wah wah wah wah... Tak puasa ke?" soal Shaheera dalam nada berseloroh sambil merakam gelagat warga emas itu. "Haa mandi? Puasa? Kamu puasa? Oo dah puasa dah ni, tak tahu," jawab opahnya pula. Malah, rata-rata netizen di TikTok turut terhibur menonton video itu, sekali gus membuatkan mereka rindu akan nenek masing-masing. "Rindunya kat arwah opah kita. Semoga opah awak sentiasa sihat, Amin. "Sebiji macam arwah nenek aku. Rindunya dekat nenek aku, tahun ni pertama kali puasa tanpa nenek. Shaheera bersama opah kesayangannya. "Sukanya tengok orang tua. Hargailah, nanti dah tak ada mesti akan rindu," tulis beberapa netizen. Menurut Shareera, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan tular dan dia berterima kasih kepada netizen yang mendoakan kesejahteraan neneknya. "Saya saja sakat dia. Opah siap tanya, dah bulan puasa ke ni? Kemudian saya rakam video, nak simpan buat kenangan. Tak sangka pula viral di TikTok. "Saya bangun pagi tengok dah lebih dua juta tontonan. Ada juga netizen yang tanya kenapa opah tak puasa. Jadi saya jelaskan yang opah dah tua, dia tak larat dan nyanyuk. Rajeah (berkerusi roda) bersama sebahagian anak cucunya. "Pada masa sama, saya juga terharu ramai yang doakan kesihatan opah, terima kasih kepada semua yang doakan opah," ujarnya yang bekerja di ibu negara. Menurut Shaheera, suasana puasa kali ini jauh berbeza berbanding tahun sebelumnya, malah kenangan ketika opahnya masih sihat masih segar di ingatannya. "Zaman dulu memang berbeza. Dulu opah yang masak. Adik-beradik mak saya ramai, ada lapan orang. Kami semua makan bentang kat tengah-tengah rumah. "Paling best tentunya rendang opah, tiada siapa boleh lawan. Tapi sekarang opah dah tak larat, anak-anak pula yang masak," ujar Shaheera lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube