suria

Seorang wanita minta waspada, terkejut pulang bazar Ramadan dapat mesej lelaki gila seks puji payudara

Tangkap layar mesej lucah yang diterima mangsa pada Khamis.

KESUCIAN bulan Ramadan dicemari apabila seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Bukit Jalil pada Khamis lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Azza, mangsa hanya menyedari gambar tubuhnya dirakam oleh seorang individu selepas dimaklumkan sendiri oleh pelaku menerusi mesej langsung di Twitter pada hari yang sama.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, pelaku menghantar dua keping gambar Azza yang sedang beratur membeli juadah berbuka.

Lebih mengejutkan apabila individu tidak dikenali itu turut menyelitkan pujian berbaur lucah tentang bentuk payudaranya.

file7km74z7n0wx62gxe7ik

Bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai sepanjang bulan puasa. (Gambar Hiasan)

"Orang lain pergi bazar tengok makanan. Tapi si bodoh ni pergi bazar tengok t***k orang," demikian ciapan Azza di Twitter sehingga menerima lebih 3,500 ulang kicau.

Bercakap kepada mStar, Azza menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau, apatah lagi ia berlaku pada hari pertama umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa.

"Saya pergi ke sebuah bazar Ramadan di kawasan Bukit Jalil pada hari pertama Ramadan. Jadi saya cuba nak pakai labuh macam kawan-kawan lain.

Wanita bukan objek seks, jangan jadikan lokasi umum sebagai tempat yang tak selamat untuk perempuan.

AZZA

"Sampai bazar, fokus cuma nak cari makanan. Sekitar pukul 8 malam lebih macam tu, saya buka Twitter dan baca request direct message (DM) daripada sebuah akaun.

"Pada saya memang melampau sebab dia berani snap gambar saya dari sisi dan depan tanpa kebenaran. Saya tak kenal pun siapa lelaki itu," ujarnya penuh kesal.

Menurut Azza lagi, dia sekadar berkongsi pengalaman malangnya itu di Twitter kerana tidak mahu kaum Hawa berdepan kejadian serupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus”

ARTIKEL BERKAITAN: Entah siapa salah! Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama... bazar Ramadan jadi sempit

"Tujuan saya kongsi kisah itu supaya kawan-kawan perempuan lain berhati-hati dengan lelaki di sekeliling. Entahlah, sekarang ni rasa takut nak pergi mana-mana sekalipun tempat yang ramai orang.

"Wanita bukan objek seks. Jangan jadikan lokasi umum sebagai tempat yang tak selamat untuk perempuan. Kalau tak boleh hormat kami sebagai wanita, hormatlah bulan Ramadan," pesannya lagi.

Di laman Twitter, rata-rata netizen turut menyatakan sokongan kepada Azza dan berharap kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang.

Malah, pelayar Twitter turut mempertahankan Azza walaupun ada sebilangan lelaki menyalahkan cara pemakaiannya sebagai punca kejadian.

file7pgxzwko2ko17uvft40i

Bazar Ramadan sepatutnya menjadi lokasi selamat buat semua pelanggan, tidak kira lelaki ataupun wanita. (Gambar Hiasan)

"Boleh tak orang ramai berhenti salahkan mangsa. Dia adalah mangsa gangguan seksual.

"Lapor polis saja. Ini perbuatan bersifat gangguan seksual.

"Kawan saya pakai tudung bidang 60 pun ada orang DM lucah. Macam mana kamu nak salahkan pakaian mangsa?

"Saya tak akan pergi bazar kalau kejadian seperti ini berlaku kepada saya," tulis beberapa individu di Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain