AKSI seorang murid memanjat seperti Spiderman di hadapan rakan-rakan sekelas menjadi perhatian. Bagaimanapun, bukan dinding yang dipanjat sebaliknya tubuh seorang guru di dalam kelas. Tak ubah seperti seorang bapa, guru itu menuruti sahaja kehendaknya. Sambil mendukung murid berkenaan, dia meneruskan sesi pengajaran dengan penuh semangat seperti mana yang dapat dilihat dalam sebuah video tular. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Guru berkenaan, Zainal Somingan berkata, apa yang dilihat dalam rakaman itu adalah ragam biasa yang berlaku pada sesi pembukaan persekolahan bagi murid-murid prasekolah. Malah, lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, insiden 'dukung' seperti itu turut melibatkan beberapa murid lain sejak hari pertama persekolahan pada Isnin lalu. "Budak umur lima atau enam tahun pertama kali pergi sekolah, belum biasa dengan kawan-kawan baharu, jadi perasaan takut tu mungkin ada. Bukan hari pertama je, tapi berhari-hari. "Macam ada kes seorang murid ni, dia menangis nak ikut balik ayah dia. Saya pujuk sambil dukung dia, sudahnya dia tak mahu lepas terus nak dukung selama beberapa minit," katanya kepada mStar. Zainal berpengalaman dalam bidang perguruan selama 18 tahun. Guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam, Selangor itu menjelaskan, apa yang dilakukannya adalah salah satu cara untuk memberi keselesaan kepada murid-murid prasekolah supaya dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Murid minta panjangkan sesi PdPR, guru terpaksa buka ruang 'perbahasan' dengan rakan sekelas - "Saya ikut suara majoriti" ARTIKEL BERKAITAN: "Ingatkan saya kuat" - Guru pengacara majlis sebak di mesyuarat PIBG, sesi anugerah pelajar cemerlang jadi 'drama' air mata "Sebagai guru, kita tak boleh menggunakan kekerasan. Apabila dia sudah diam selepas dipujuk, ada pula kawannya pula yang menangis... jadi macam bergilir kena dukung untuk memujuk. "Ada yang saya cuba turunkan walaupun selepas dah tak menangis, tapi naik semula 'panjat' nak dukung. Lengan lenguh tapi saya dah biasa," ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam. Antara anugerah yang diterima Zainal sepanjang berkhidmat sebagai guru. Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang perguruan, Zainal memberitahu dia tetap meneruskan sesi pembelajaran bersama semua murid di kelas walaupun dalam keadaan mendukung murid. "Saya mengekalkan hubungan sebagai guru dengan murid-murid. Walaupun ada murid yang didukung, saya tetap meneruskan sesi perbualan pagi tanpa mengabaikan murid-murid lain. Lengan lenguh tapi saya dah biasa. ZAINAL SOMINGAN GURU "Masa belajar, belajar, masa bermain, boleh bermain. Saya mahu kesemua mereka berasa seronok datang ke sekolah. "Ambil masa untuk mereka biasakan diri. Ada yang berdukung berhari-hari sampai dua minggu dan paling lama setengah jam," katanya sambil menambah isterinya juga berkhidmat sebagai guru. Zainal (kiri) dan isteri yang juga bertugas sebagai guru. Zainal yang merupakan lantikan guru cemerlang prasekolah sejak 2012 menerima Anugerah Emas dalam pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 2014. Turut dikenali sebagai Wak Jenal, guru ini juga menerima Anugerah Perak dalam pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Peringkat Kebangsaan anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Melaka pada 2018 dan 2021. Zainal (dua, kiri) bersama keluarga. Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, bukan semua guru boleh mengajar murid-murid prasekolah kerana banyak emosi yang perlu ditangani. "Setiap tahun murid baharu dan emosi masing-masing tak sama. Guru kena ada unsur 'kecindan' iaitu bertukar mengikut situasi murid dan bijak mengambil hati mereka. "Harapan kita adalah mereka menunjukkan pencapaian yang positif. Murid tu dari zero, hujung tahun boleh mengeja, menulis, membaca dan seterusnya bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube