suria

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’... puncanya tak pandai cakap Melayu! - “Sorry sayang mama”

Kanak-kanak ini pulang ke rumah dan menangis.

APABILA menghantar anak ke sekolah, ibu bapa hanya mampu tawakal dan memohon kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi.

Semestinya ibu bapa amat mengharapkan agar anak-anak menimba ilmu dengan mudah, tenang dan selesa di sekolah tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan yang akan berlaku terhadap mereka.

Seorang ibu berdepan kerisauan dan sedih apabila memikirkan tentang nasib anak perempuannya yang bernama Ivy.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam baka Kelantan! Bijak semua subjek, ada alasan tersendiri lemah B.Melayu - “Sebab saya orang Kelate”

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa istilah tak pernah dengar dalam buku, ibu berang silibus anak darjah 5 dah macam pelajar sekolah menengah

Menerusi satu perkongsian di TikTok yang dibuat oleh wanita itu, anaknya begitu teruja untuk pergi ke sekolah di sebelah pagi.

Namun, dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis tersedu-sedu.

Apabila ditanya kepada Ivy, kanak-kanak itu memberitahu tiada seorang pun di sekolah yang mahu berkawan dengannya kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Awal pagi tadi gembira sangat. Semangat nak sekolah.

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

"Balik petang nangis tersedu-sedu. Bila tanya kenapa, no one wants to be friends with me because I speak English," tulis ibunya pada video.

Menurut pelayar tersebut, Ivy sememangnya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan dari kecil sudah didedahkan dengan bahasa asing di rumah.

Melihat apa yang berlaku, wanita ini mengakui mula timbul rasa bersalah terhadap anaknya sendiri.

"Tak pernah terfikir boleh jadi macam ni. Sorry sayang (Ivy) mama," ujarnya yang dibelenggu rasa bersalah.

Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu.

NETIZEN

Luahan wanita itu mengenai anak perempuannya yang dibuat menerusi video penuh emosi di laman TikTok miliknya meraih 2 juta tontonan.

Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai komen dan pandangan terhadap apa yang berlaku kepada Ivy,

"Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu. Kena ingat bukan semua orang pandai bahasa Inggeris tapi Bahasa Melayu, (majoriti) anak Melayu faham.

Komen netizen di TikTok.

"Jangan menangis sayang. Nak fasih bahasa Melayu ni sebulan saja dah boleh. Nak pandai bahasa Inggeris bukan senang dik. Tapi awak dah mahir yang susah tu dulu.

"Kelas anak-anak saya ramai speaking. Tapi tak adalah tak faham langsung. Untuk sekolah kerajaan memang kena tahu bahasa Melayu untuk pergaulan dan pembelajaran," komen beberapa netizen pada video.

Justeru, ibu bapa seharusnya mengajar anak masing-masing bahasa Melayu agar generasi akan datang dapat bertutur, memahami dan menulis dengan baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain