suria

Ibu nak serah 4 anak termasuk bayi kepada ‘orang baik-baik’, tapi kaki kutuk yang muncul - “Tahu tak mampu, jangan beranak”

Anak merupakan rezeki kurniaan Allah buat pasangan yang mendirikan rumah tangga. (Gambar Hiasan)

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka.

Namun, lain pula cerita wanita ini apabila dia meluahkan hasrat untuk melepaskan empat anaknya kerana desakan hidup yang sedang melanda.

"Saya nak bagi empat anak saya dekat orang yang baik-baik, termasuk baby dua bulan. Saya dah penat berjuang untuk hidup," tulis wanita itu ringkas di Facebook.

analk5

Ibu bapa berdepan cabaran besar dalam membesarkan anak-anak. (Gambar Hiasan)

Tanpa sebarang penjelasan, kenyataan pendek wanita itu terus tular sehingga ramai netizen tertanya-tanya mengenai masalah yang menimpanya.

Selain itu, seorang individu turut meninggalkan komen dan menyatakan hasrat untuk menjadi penjaga sementara anak-anaknya.

"Puan duduk mana? Bagi la saya jaga dulu. Saya ikhlas. Nanti puan stabil puan ambil semula," tulis seorang individu.

Saya nak bagi empat anak saya dekat orang yang baik-baik, termasuk baby dua bulan.

IBU

Rata-rata netizen yang lain turut menzahirkan rasa simpati dan berharap wanita berkenaan cekal meneruskan hidup tanpa perlu berpisah dengan anak-anaknya.

"Ada orang dikurniakan rezeki anak tapi tidak rezeki harta. Ada orang dikurniakan rezeki harta tapi tidak rezeki anak. Ada ujian masing-masing.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan ibu dan anak anak ini dan semoga Allah murahkan rezeki mereka dan hilangkan kesusahan hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa mama viral pasal ada anak sembilan?” - Ibu tunggal ‘hensem’ jadi rider sara keluarga, tak serik kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Mengemis ‘gifts’ di TikTok, lelaki ini tergamak rendam ibu bapa sendiri dalam air kolah! Suruh kerja tak mahu, tapi minta duit

"Kesiannya, ada baby pula tu. Entahlah dunia sekarang memang keras," tulis beberapa netizen.

Selain komen simpati, terdapat segelintir netizen turut mengecam wanita berkenaan dan menuduhnya gagal merancang keluarga sehingga berdepan pelbagai kesukaran dalam hidup.

"Yang hidup miskin kebanyakannya kuat beranak. Bila anak dah ramai, mula minta bantuan. Anak tu memang rezeki tapi ukurlah baju di badan sendiri.

"Kau satu hal. Dah tahu tak mampu nak bela anak, janganlah beranak. Duduk percaya rezeki la apa la kan dan menyusahkan orang.

anak9

Pasangan berkahwin perlu bijak merancang keluarga agar mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan. (Gambar Hiasan)

"Nafsu. Tak reti pakai kondom. Sebenarnya orang macam ni tak fikir tentang masa depan anak tu," tulis beberapa netizen lagi.

Komen-komen yang mengecam wanita itu turut menjadi perhatian netizen dan dianggap biadab, apatah lagi ketika di bulan Ramadan.

"Yang mengutuk, yang mengumpat, dah boleh makan nasi. Buat apa puasa kalau sehari mengutuk, mengumpat dan mencaci?

"Di bulan mulia ni menaip jangan sampai jadi iblis. Syaitan sebenar dah kena rantai. Manusia pula jadi iblis taip bukan-bukan," tegur beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain