suria

Ramai tak suka peniaga ‘paksa’ beli kuih sebekas, nak macam dulu boleh pilih sebiji-sebiji... “Bukan semua nak makan kuih sama”

Aneka kuih yang ketika ini dijual dalam paket. Gambar hiasan

SATU perkara yang membuatkan orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengunjungi bazar Ramadan setiap kali bulan puasa adalah 'lautan' makanan dan juadah yang dijual.

Sebut sahaja kuih atau juadah yang teringin untuk dinikmati, semuanya ada dijual di bazar.

Waktu inilah ramai yang mengambil peluang untuk berniaga bagi mencari pendapatan tambahan.

Namun begitu, adakalanya nasib tidak sentiasa menyebelahi peniaga di mana juadah mereka ada ketikanya banyak yang tidak terjual, khususnya peniaga kuih muih.

Tiba hari yang kurang bernasib baik, tidak lebih daripada 10 paket kuih sahaja yang terjual daripada berpuluh-puluh paket aneka kuih muih yang dijual.

kuih posting

Cadangan yang diutarakan daripada seorang individu.

Keluhan dan luahan rasa kecewa hanya mampu dizahirkan di media sosial, sekaligus membangkitkan rasa simpati warga maya.

Menerusi ruangan komen, ada dalam kalangan warga maya membangkitkan isu harga kuih yang semakin mahal membuatkan pembeli seakan-akan memboikot peniaga kuih.

Namun begitu, ada yang beranggapan faktor cuaca yang ada kalanya tidak menentu serta persaingan daripada peniaga lain menjadi antara penyumbang mengapa kuih tidak mendapat sambutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bazar, wanita tergoda popia sira sambal digoreng cantik, siap tabur bawang goreng... terkejut tengok intinya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ‘tundukkan’ peniaga bazar jual air soya mahal! Esoknya terus turun harga, mungkin terkesan dengan rungutan

Namun begitu, pandangan yang diutarakan oleh seorang individu yang memberi cadangan kepada para peniaga kuih dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi mereka, mengundang perhatian warga maya.

"Ramai penjual kuih mengeluh, kuih banyak tak habis dekat bazar.

"Cuba tukar cara jualan kita. Buat macam dulu-dulu balik. Kuih jualan tu kita susun je dalam bekas dan pembeli boleh campur-campur pilih kuih yang dia nak.

kuih pic

Majoriti warga maya lebih suka jika kuih dijual seperti dahulu di mana mereka bebas memilih. Gambar hiasan

"Jangan packing empat hingga lima ketul macam sekarang sebab tak semua dalam famili dia nak makan kuih yang sama.

"Packing siap ni customer macam ralat sikit nak beli sebab kena beli banyak. Sudahnya, tak terbeli. Cadangan daripada peminat kuih," demikian tulis individu itu pada hantaran yang kemudian dikongsikan semula di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini.

Akhirnya ada yang suarakan apa yang terbuku di hati. Tindakan peniaga 'paksa' beli lima biji kuih sejenis membunuh kuasa beli.

NETIZEN

Sehingga kini, perkongsian di laman tersebut meraih lebih daripada 2,300 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong penuh cadangan yang diutarakan oleh individu tersebut.

"Betul sangat... saya duduk seorang. Petang tadi beli karipap, paling banyak makan dua biji je... satu pack ada lima biji. Nak beli kuih lain, tapi macam membazir beli banyak-banyak.

kuih komen

Antara komen netizen terhadap pandangan yang diutarakan individu berkenaan.

"Ada pun yang bersuara bab packing kuih ni. Aku dah jadi naik malas beli kuih sejenis, kena beli banyak. Nak campur-campur tak boleh.

"Akhirnya ada yang suarakan apa yang terbuku di hati. Tindakan peniaga 'paksa' beli lima biji kuih sejenis membunuh kuasa beli. Takkan nak rasa tiga jenis kuih kena beli 15 biji?

"Setuju, buat macam dulu-dulu semula. Kita mudahkan orang, Allah mudahkan kita," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain