suria

Habuan bunyi ekzos memekak, ‘seat’ motor suami kena toreh! Isteri cabar jiran bersemuka - “Tak suka bising, cakap depan-depan”

Kesan torehan pada tempat duduk motosikal dipercayai perbuatan jiran.

DUGAAN Ramadan buat sepasang suami isteri apabila mendakwa menjadi mangsa khianat jiran sendiri.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa marah dan kecewa apabila tempat duduk motosikal milik suaminya ditoreh dengan benda tajam.

Jika diteliti pada foto yang dikongsikan, kelihatan kesan torehannya sangat panjang sehingga menampakkan menampakkan span kusyen tempat duduk.

Kata wanita itu dia mengesyaki perbuatan tersebut bukan pertama kali berlaku dan kemungkinan ia berpunca daripada bunyi ekzos motosikal suaminya yang kuat.

"Puasa-puasa ni malas nak maki hamun orang, ni dah kali kedua seat (tempat duduk) motor laki (suami) aku kena toreh," tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook mengenai insiden yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Damansara, Selangor.

Bunyi ekzos yang kuat dipercayai punca kepada perbuatan khianat.

Apa yang dikesalkan wanita itu adalah pihak yang tidak berpuasa hati sepatutnya tampil mengadu dan bukannya menoreh tempat duduk motosikal suaminya.

"Tak suka ekzos bising, cakap depan-depan. Tak payah nak main toreh seat orang. Ingat beli pakai air kencing je ke?

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi

"Seburuk-buruk motor, sebising-bising motor ni la kami laki bini cari rezeki ye.

"Laki aku kalau start (hidupkan enjin) motor, tak ada nak start dalam flat ni. Paling bod*h pun dekat tempat parkir motor dia start sebelum pergi kerja," katanya.

Sendiri dah sedar bunyi ekzos tu bising, tunggu apa lagi?

NETIZEN

Menurutnya lagi, wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi terpaksa dibelanjakan untuk membaiki tempat duduk motosikal.

"Orang nak beli baju raya, mereka sedap duk toreh seat motor orang.

"Ingat sikit atas dunia ni tak bertemu muka dengan saya tapi di akhirat nanti kamu cari la saya ni. Husnuzon (bersangka baik) je la," ujarnya.

Menerusi ruang komen, bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersimpati dengan luahan wanita berkenaan.

Antara komen netizen.

Bagi mereka, keadaan itu mungkin berpunca daripada sikap suaminya sendiri yang sering menganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising ekzos motosikal, dipercayai sudah diuabah suai.

"Eh baru kau seorang je disusahkan, itu tak kira lagi berapa puluh, ratus orang yang kau susahkan dengan 'paip deras' kau tu.

"Toreh seat motor tak sakit sangat, bunyi ekzos motor tu paling sakit hati. Sakit telinga buat orang menyumpah hari-hari. Masa senja itulah dia kerap sangat nak bunyi.

"Ada duit tukar ekzos, mesti ada duit ganti seat. Hadap la hasil kebodohan sendiri.

"Sendiri dah sedar bunyi ekzos tu bising, tunggu apa lagi? Tukar la ekzos. Tak ada jiran yang suka dengar bunyi enjin nipis memekak. Bersyukurlah motor masih ada," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain