suria

Sakan nenek minat K-drama bercuti ke Korea! Dah lawat lokasi shooting, ajak minum kopi pula... cucu suka K-Pop pun ‘jealous’

Tiga beranak ini teruja melancong ke Korea Selatan, baru-baru ini.

PENGARUH drama Korea atau K-drama membuatkan ramai rakyat Malaysia mahu melancong ke Korea Selatan.

Bagi gadis ini, dia berpeluang untuk memenuhi permintaan ibunya yang mahu ke negara itu, sebelum ketibaan Ramadan.

Video yang memaparkan aksi comel dan keterujaan ibu bapanya sepanjang berada di Korea Selatan menjadi tular di TikTok, malah turut mendapat perhatian pelakon, Fazura.

"Awww," komen Fazura berserta emoji hati.

Ibu Nana merupakan peminat tegar drama Korea.

Gadis berkenaan, Ainaa Syahirah Zaini berkata, dia bersama ibu bapanya masing-masing berusia 62 dan 63 tahun ke Korea Selatan selama lima hari dari 13 hingga 17 Mac lalu

Lebih mesra disapa Nana, katanya, ibunya merupakan peminat tegar K-drama dan keinginan untuk ke negara itu bermula dari drama Rooftop Prince lakonan Park Youchun.

hajat mak ke korea 8

Video aksi Nana bersama ibu bapanya di Korea turut menarik perhatian Fazura.

"Ini kali ketiga saya ke Korea Selatan. Pertama kali secara solo dan kedua dengan abang. Mak siap tanya bila agaknya dia dapat pergi ke sana pula.

"Masa pandemik Covid-19 sejak 2020, mak banyak menghabiskan masa di rumah tengok K-drama. Itu yang membuatkan mak lagi bersemangat nak ke sana," katanya kepada mStar.

Kiri, ibu di Istana Gyeongbokgung, kanan ibu bersama pasukan tentera.

Mengenai drama Roostop Prince, Nana yang berusia 27 tahun memberitahu, ia mengisahkan tentang putera dinasti dan banyak babak dirakamkan di Istana Gyeongbokgung iaitu istana yang dibina di Seoul semasa Dinasti Joseon.

"Dalam drama itu, heronya ada tulis surat dekat kawasan bawah istana untuk diberi kepada kekasihnya. Jadi, mak kata nak tengok ada ke surat tu apabila ke sana nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam drama Korea... lelaki ini tak sangka rakaman dron bersama isteri dikata seperti 'Hometown Cha-Cha-Cha' - "Terkejut tiba-tiba kena hon"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Malaysia rindu 'famili' di Korea Selatan, video kejutan ubat kerinduan - "Ada yang mahu jodohkan dengan anak mereka"

"Sebelum masuk ke Istana Gyeongbokgung, kami bertiga menyewa pakaian tradisional untuk dapatkan mood macam dalam drama tu.

"Cuma bahagian yang dikatakan tempat tulis surat tu dalam pengubahsuaian. Kami hanya berjalan-jalan di kawasan lain di istana," ujarnya yang berasal dari Jasin, Melaka.

Aksi ibu bapa Nana merasai suasana seperti drama Korea.

Namun, ibu bapanya tetap berasa amat teruja dan gembira kerana akhirnya berpeluang dapat menjejakkan kaki ke Korea Selatan.

"Banyak lagi K-drama yang menarik minat mak untuk ke Korea, seperti Reply 1988 lakonan Park Bo-Gum, The Interest of Love (Yoo Yeon Seok) dan Coffee Prince (Gong Yoo).

Banyak negara sudah kami pergi bersama, tapi yang suasana kali ini berbeza.

AINAA SYAHIRAH ZAINI

ANAK

"Mak juga siap nak feel macam K-drama, pergi ke kedai kopi di sana dan minum kopi sebab banyak babak di kedai kedai muncul dalam drama-drama mereka," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu sambil menambah selain Seoul, mereka turut berkunjung ke Pulau Nami yang dikenali menerusi drama Winter Sonata.

Menurut Nana yang berniaga baju bundle, walaupun meniti usia emas dan mempunyai lapan cucu kedua-dua ibu bapanya tetap bersemangat bersiar-siar di Korea Selatan.

Bapa Nana (tengah) tetap bersemangat berjalan-jalan di Korea menggunakan tongkat.

"Macam mak, banyak tempat pergi dia nak cuba ikut macam babak dalam drama. Ayah pula tetap bertenaga berjalan jauh walaupun menggunakan tongkat.

"Banyak negara sudah kami pergi bersama, tapi yang suasana kali ini berbeza. Betul-betul membuatkan mak ayah berasa gembira dan seronok sangat.

"Bagi saya, melancong ke Korea bersama mak dan ayah merupakan satu momen yang tak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi tunaikan permintaan mak yang minat K-drama.

"Sampaikan anak saudara saya yang minat kumpulan K-Pop, Blackpink pun cemburu atuk dan nenek dia dapat pergi ke Korea dulu," ujarnya secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain