BAGI golongan peniaga, ada sebahagian daripada mereka yang mengamalkan konsep berniaga sambil beramal. Tidak meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama dalam perniagaan, sebaliknya mereka lebih fokus untuk mengumpul saham akhirat. Dalam satu hantaran di Facebook, seorang lelaki berkongsi kisah yang benar-benar membuka matanya mengenai konsep bersedekah dalam berniaga. Menurut lelaki bernama Syahiran Hilmin, kisah bermula apabila kedai nasi kukus yang diusahakannya didatangi seorang gadis yang mahu menumpang meletakkan kuih untuk diniagakan. "Bang, boleh ke saya nak tumpang letak kuih untuk dijual bulan puasa ni?" tanya gadis itu seperti yang diceritakan semula oleh Syahiran. Namun ujar lelaki itu, dia pada mulanya berasa berat hati untuk menerima permintaan gadis berkenaan. Syahiran turut membantu mempromosikan kuih manja yang dibuat oleh gadis berkenaan. "Bukan tak nak bagi tapi risau pula tak laku. Sebab sekarang jualan taklah kencang mana. Esoknya adik ni datang lagi dan letak kuih manja yang dia buat sendiri. "Sebelum pergi adik ni sempat pesan, 'kalau tak habis, abang sedekah je kuih saya tu ya'," kongsinya. Dipendekkan cerita, daripada hari pertama sehinggalah hampir memasuki seminggu umat Islam berpuasa, masih tiada pelanggan yang sudi membeli kuih yang diletakkan gadis tersebut di kedai Syahiran. ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi beli burger 3 biji... Peniaga tak sampai hati tengok pelanggan tahan lapar, murah hati bagi makanan percuma! ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bazar, wanita tergoda popia sira sambal digoreng cantik, siap tabur bawang goreng... terkejut tengok intinya! "Memang tiada yang beli kuih adik ni. Senyum aja adik ni apabila datang dan tengok kuih-kuihnya yang banyak tak habis. "Rezeki Allah tu maha luas. Mungkin pahala yang dikejar, bukan untung duit semata-mata. "Saya pun hampir setiap hari berbuka dengan kuih manja adik ni. Niat nak support. Sedap juga kuihnya!" kongsi Syahiran lagi. Niat ikhlas dia bakal jadi marketing dan strategi yang berjaya tanpa dijangka. InsyaAllah moga ada rezekinya. NETIZEN Syahiran turut memuat naik gambar kuih manja yang diniagakan oleh gadis tersebut di Facebook miliknya, dengan niat mahu membantu mempromosikan kuih tersebut. Hantaran tersebut menjadi tular malah dikongsikan semula oleh pelbagai laman Facebook termasuk Masak Apa Tak Jadi Harini Official yang meraih 283 shares. Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya turut terkesan dengan perkongsian berkenaan selain mendoakan agar gadis tersebut dilimpahkan rezeki kerana amalan sedekahnya. Rata-rata warga maya mendoakan agar rezeki gadis tersebut dilimpahkan kerana bersedekah. "InsyaAllah orang-orang yang dapat free, dah rasa kuih tu sedap pasti akan datang lagi untuk membeli. Terus kekalkan kualiti kuih ya. "Niat ikhlas dia bakal jadi marketing dan strategi yang berjaya tanpa dijangka. InsyaAllah moga ada rezekinya. "Buat yang ikhlas, jangan risau. Rezeki Allah itu luas," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube