suria

Banyak ‘cedera’, penumpang risau tengok pesawat bertampal! Rupanya memang pita pelekat ‘level kayangan’

Seorang individu terkejut apabila sayap pesawat dinaikinya dipenuhi dengan pita pelekat.

PERASAAN cemas dan gementar setiap kali menaiki kapal terbang merupakan tindak balas normal bagi kebanyakan penumpang.

Macam-macam perkara bermain dalam fikiran terutamanya membabitkan hal keselamatan ketika terbang di awan biru.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter membangkitkan kebimbangan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan sebuah pesawat dipenuhi dengan pita pelekat di bahagian sayap.

Ciapan asal di laman Twitter.

Dalam ciapan itu, individu berkenaan menyatakan kerisauan terhadap apa yang dilihatnya.

"Guys, patut risau ke? Atau ni cuma sticker jimat minyak yang orang selalu tampal dekat tangki minyak kereta tu?" katanya sambil berjenaka.

Menerusi gambar berkenaan, dapat dilihat pelekat berwarna kelabu memenuhi bahagian sayap kapal terbang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ular ‘naik’ pesawat ke Sabah! Penumpang sangka pendaratan kecemasan sebab cuaca, pelik bomba tunggu depan pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi detik cemas pesawat dari Langkawi dilanda turbulence dahsyat, auto ingat mati selepas 40 minit ‘kaku’ di udara

Ramai warga maya yang berteka-teki dan cuba mencari jawapan kepada persoalan, adakah pesawat yang dinaiki lelaki itu dalam bahaya?

Bagaimanapun seorang warga maya tampil dengan penjelasan ilmiah menyatakan pita pelekat yang digunakan pada pesawat itu direka bentuk khas untuk berada dalam keadaan ekstrem.

"Ini high speed tape. Sepatutnya tidak ada apa-apa masalah. Cuma akan digunakan selama beberapa flight cycle. Penyelenggaraan sementara waktu, selepas itu wajib ada permanent solution.

Pita pelekat 'highspeedtape' biasa digunakan pada pesawat. -Gambar hiasan

"Bukan pelekat biasa-biasa. Pelekat ini diperbuat dari aluminium, mengikut piawaian penyelenggaraan aviation dan airworthiness.

"High speed tape ini akan digunakan kalau badan pesawat ada calar yang tidak terlampau dalam atau ada cat terkopek, bertujuan untuk mengekalkan kelancaran aerodinamik," kata warga maya itu.

Individu itu juga seterusnya berkata, calar pada badan pesawat perlu ditutup dengan kadar segera kerana jika dibiarkan terdedah kepada elemen alam ia akan menyebabkan karat dan membawa kepada masalah lebih besar.

"Sebagai temporary repair, ia bertujuan untuk menghalang dari adanya potential corrosion apabila ada cat terkopek. Kita panggil ini sebagai temporary repair.

Ciapan balas warga maya.

"Selagi tak kacau aerodinamik dan ada cukup daya angkat untuk menerbangkan pesawat, tidak ada masalah pakai tape ini, ia adalah lebih kepada comestic purpose," kata warga maya itu memberikan penerangan.

Melewati ruangan ciapan balas, segelintir warga maya sempat bergurau dengan situasi penggunaan pelakat pada bahagian pesawat.

"Ini baru betul kita boleh cakap pita pelekat untuk level kayangan.

"Macam sellotape untuk atap zink bocor je gayanya.

"Gambar ni boleh jadi iklan sellotape yang terunggul, copywriting dia berbunyi kalau mampu survive di udara, apalah sangat masalah di darat," kata segelintir wargar maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain