LAIN yang dirancang, lain pula jadinya. Begitulah yang terjadi kepada tiga sahabat apabila cubaan untuk melakukan trend di TikTok disalah anggap oleh pasangan yang duduk berhampiran mereka, dalam kejadian di Pantai Kerachut, Pulau Pinang. “Tengah rakam video untuk TikTok, tiba-tiba kena sound (tegur),” tulisnya di ruangan kapsyen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, Farah Naqibah Mohamad Yusof menceritakan semula kisah yang terjadi di sebalik video tular yang meraih lebih 3.4 juta jumlah tontonan itu. “Saya dan kawan-kawan baru habis hiking taman negara. Jadi kami tunggu bot tiba untuk pergi semula dekat starting point. “Saya konon nak buat video ‘healing’ dengan kawan-kawan. Saya rakamlah kami dari sudut tepi. Tapi kebetulan masa tu ada satu pasangan jarak dalam 20 hingga 30 meter dari tempat kami duduk. ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti atas alasan nak healing sebab gaduh dengan GF, betul ke Gen Z lemah? - “Nak minta AL dengan bos pun takut” ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rawat minda dan jiwa? Ini 5 cara berkesan untuk ‘healing’ di rumah... mudah, menjimatkan “Saya tak pasti mereka dah kahwin ke belum. Tiba-tiba kami kena 'sound' dik jangan rakam kami boleh tak. Saya jadi ‘blank’ (tergamam) sekejap,” imbas wanita berusia 22 tahun itu. Dia yang senang disapa Farah berkata, pada mulanya mereka bertiga mengabaikan saja teguran itu kerana menganggap mungkin tersalah dengar. Namun, setelah melihat semula rakaman, barulah dapat dipastikan bahawa memang wanita yang duduk berhampiran telah menegur mereka. Farah dan rakan-rakannya ketika di Pantai Kerachut, Pulau Pinang. “Saya biarkan saja apa akak tu cakap sebab mungkin saya tersalah dengar. Tak lama kemudian saya buka semula rakaman tu. “Lepas dah confirm memang akak tu sound kami terus kami jerit semula akak tengoklah video ni tak ada muka akak pun! Tapi dia tak toleh dan terus bersembang dengan partner dia. “Sudahlah masa tunggu bot tu panas, makin bertambah moody kami bila tiba-tiba kena tuduh macam tu. Lepas tu kami rakam lagi sekali video cakap kuat-kuat supaya dia dengar kami perli dia yang kami tak rakam pun dia,” ujar Farah lagi. Kalau kakak tu ada TikTok, ketahuilah suara anda yang betul-betul terpaling confident. NETIZEN Barangkali termalu dengan tindakan sendiri, wanita tersebut berlalu pergi meninggalkan kawasan tepi pantai. Bagaimanapun, selang beberapa minit selepas itu, Farah yang berasal dari Kedah berkata wanita itu datang semula mendekati mereka bertiga untuk meminta maaf. “Masa dia datang dekat kami, dia bagi Choki-Choki (manisan berperisa coklat). Kawan saya yang masih moody tadi tu mulanya tak nak terima sebab masih marah. Farah dan rakan-rakannya ketika menunggu bot di pantai. “Tapi lepas fikir balik kami tak nak panjangkan cerita jadi terima saja. Saya pun okay saja lepas dia datang minta maaf. Malas nak panjangkan cerita,” katanya lagi. Setelah pulang ke rumah, Farah yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di Pulau Pinang tidak menyangka video tersebut menjadi tular. Malah, ramai yang terhibur melihat respons atau reaksi Farah setelah ditegur wanita terbabit. Wanita berusia 22 tahun ini merupakan seorang jururawat di Pulau Pinang. “Kalau kakak tu ada TikTok, ketahuilah suara anda yang betul-betul terpaling confident. “Mesti kakak tu takut kantoi sesuatulah tu. “Kalau saya, bangun pergi dekat akak tu ajak healing sekali. Akak tu stress cara tu. Dia kena terjun laut cara tu. Bagi sembuh balik emosi dia tu,” ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube