suria

Majikan mahu ‘beli jiwa’, 3 bibik naik helikopter bercuti di suite mewah... duit raya 10k hantar ke kampung masing-masing

Farah menghargai tiga pembantu rumahnya dengan duit raya dan percutian mewah.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Tiga pembantu rumah dikurniakan rezeki apabila dilayan seperti VIP oleh majikan.

Ketiga-tiga mereka diterbangkan dengan helikopter ke sebuah pusat peranginan terkemuka di Desaru, Johor untuk menikmati percutian mewah.

Bayangkan, suite persendirian turut ditempah khas sebagai penginapan mereka!

Berkongsi cerita kepada mStar, majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Farah MJ berkata, pengalaman percutian mewah selama tiga hari dua malam itu merupakan rancangannya untuk menghargai ketiga-tiga pembantu rumah yang merupakan warga Indonesia.

Pada masa sama, wanita berusia 28 tahun itu mahu 'membeli jiwa' tiga pembantu rumahnya yang berjauhan dari keluarga masing-masing. Mereka naik helikopter dari Kuala Lumpur terus ke hotel di Desaru.

"Minggu lepas saya bawa pembantu rumah untuk tenangkan fikiran, relaks dan rasa refreshment sebagai tanda penghargaan daripada saya.

"Kebiasaannya, bulan puasa adalah waktu yang paling kita akan teringat pada keluarga. Jadi saya mahu mengubati kerinduan mereka dengan getaway (percutian)," katanya kepada mStar.

Pengalaman menaiki helikopter dan percutian di hotel terkemuka.

Bukan sekadar menikmati percutian mewah, ketiga-tiga pembantu rumah berusia antara 26 dan 41 tahun itu juga diberikan kejutan berupa 'duit raya' berjumlah RM10,000 setiap seorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan 'maid' macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Sanggup berhabis RM300,000 meriahkan birthday anak usia 4 tahun, teruja lihat ucapan khas di pantai pulau persendirian dari helikopter

"Saya mahu mereka merasai kegembiraan meskipun tidak dapat pulang beraya di kampung halaman

"Jadi duit raya ini membolehkan mereka untuk kirim ke keluarga di kampung. Jumlah itu besar bagi mereka, lebih-lebih ditukarkan ke matawang negara mereka," ujarnya.

Suite persendirian yang ditempah khas untuk tiga pembantu rumah.

Mengenai persiapan Aidilfitri kali ini, Fara yang merupakan usahawan dalam bidang eksport dan import berkata, ketiga-tiga pembantu rumahnya turut mendapat habuan baju raya.

"Setiap seorang dapat tiga pasang baju, warna sedondon dengan baju raya sekeluarga untuk dipakai masa hari raya nanti.

"Ada warna hitam, peach dan maroon. Mereka juga dapat kasut baharu. Mereka akan mengikut saya pulang beraya di kampung saya," katanya lagi.

Pembantu rumah bertuah menerima duit raya berjumlah RM10,000 setiap seorang.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, walaupun berkhidmat sebagai pembantu rumah, namun baginya, ketiga-tiga mereka ibarat ahli keluarga.

"Saya anggap mereka sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah saya menghargai komitmen dan tanggungjawab mereka menerusi pemberian seperti ini.

Saya meletakkan diri saya di tempat mereka, pastinya ingin rasa dihargai.

FARAH MJ

MAJIKAN

"Saya meletakkan diri saya di tempat mereka, pastinya ingin rasa dihargai. Tetap merasai kegembiraan meskipun berjauhan dari keluarga," katanya.

Video mengenai pembantu rumah yang dimuat naik Farah di TikTok meraih lebih 1.3 juta tontonan, dan rata-rata netizen menawarkan diri untuk bekerja dengannya.

Farah (duduk, baju hijau) bersama dua anaknya serta tiga pembantu rumah (berdiri, belakang).

"Ada kerja kosong lagi tak?

"Pembantu rumah dia lebih kaya daripada saya.

"Kalau macam ni pun aku sanggup jadi pembantu rumah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain