suria

Rider dapat mesej kasar, netizen segera siasat alamat! Buat kesimpulan ‘rumah seiring perangai’ - “Tak kaya tak apa janji beradab”

Penghantar barang menulis mesej kasar di ruang alamat.

MEREKA yang menetap di kawasan pedalaman kerap menghadapi kesukaran dalam urusan penghantaran kurier.

Laluan kampung yang berliku dan nama jalan yang kurang jelas adakalanya boleh menyebabkan penghantar kurier keliru ketika menghantar barangan kepada penerimanya.

Justeru, tidak hairanlah ada yang memasukkan maklumat tambahan ke dalam alamat, seperti menyatakan mercu tanda tertentu sebagai rujukan dan memudahkan tugas penghantar kurier.

Ciapan asal di laman Twitter.

Bagaimanapun, seorang individu memilih untuk menjadi biadab apabila menyelitkan mesej atau kata-kata kesat dalam alamat barangan yang dikirimnya.

Mungkin juga dia sudah hilang sabar kerana sudah terlalu kerap barangannya dihantar ke destinasi yang salah.

"Rumah betul-betul follow map, kalau tak pandai jangan jadi rider," demikian mesej individu itu untuk petugas penghantar yang sungguh kasar bunyinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 naik lemak ‘bolot’ parkir atas alasan cari rezeki! Kalau tegur, silap hari bulan orang awam dimakinya

ARTIKEL BERKAITAN: Makin berani, siap buka kiosk atas jalan! Gelagat peniaga piza B40 undang kecaman... “Kalau tegur mereka kata sekat rezeki”

Setelah perkongsian itu tular di medai sosial, warga maya dengan kuasa penyiasatan di hujung jari memulakan gerak kerja mereka.

Setelah diselidik oleh warga maya, alamat itu membawa mereka kepada sebuah rumah setingkat yang sangat sederhana keadaannya.

Penemuan itu membuatkan ramai tertanya-tanya adakah ia kediaman individu yang kata-katanya melambangkan keangkuhan dirinya.

Dulu masa kerja kutip hutang, golongan-golongan rumah lot ni la yang banyak hutang.

WARGA MAYA

Lebih lucu apabila alamat rumah itu dimasukkan ke dalam laman sesawang Google, ia hanya menunjukkan ulasan yang kurang memberangsangkan.

"Sebab itu aku tak boleh hidup dengan B40.

"Kita ni biarlah jadi B40 yang beradab, tak kaya tak apa janji beradab," demikian maklum balas beberapa individu mengenai sikap individu itu.

Dalam alamat yang disertakan penghantar barangan itu, ada juga disebut bahawa rumahnya terletak berhadapan dengan sebatang pokok serai.

Pokok serai yang dijadikan sebagai rujukan tunjuk arah oleh pemilik rumah.

Walaupun begitu, warga maya yang membuat 'risikan' mendapati pokok serai itu terlalu renek untuk disedari kewujudannya dengan hanya sekilas pandang oleh rider penghantar.

"Sejemput je pokok serai dia ni. 100 peratus orang lalu tak boleh perasan mana satu pokok serai kau," kata warga maya itu.

Seorang netizen pula memberikan pandangan berdasarkan pengalamannya, menyatakan mereka yang miskin adab selalunya datang dari golongan yang kurang berkemampuan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Dulu masa kerja kutip hutang, golongan-golongan rumah lot ni la yang banyak hutang. Lepas tu call tak berjawab. Bila nak datang rumah mereka pula, rumah tak tahu mana satu," katanya.

Menitipkan pesanan, seorang warga maya berkata adab dalam diri harus sentiasa diutamakan.

"Adab tu kena ada. Kalau dah dekat kawasan kampung, hantar orang sebijak mana pun belum tentu boleh jumpa rumahnya.

"Kita boleh je direct elok-elok, tapi itulah nak juga berkasar.

"Di kampung, dalam satu lot tanah boleh ada banyak rumah, memang parah nak mencari. Lepas tu letak la nombor rumah besar-besar, ini nombor pun tak ada," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain