suria

Dahsyat AJK masjid kena maki sebab sedia juadah iftar tak enak... layak masuk tong sampah - “Makanan dalam jel lagi sedap”

Seorang individu mengutuk AJK masjid kerana didakwa menghidangkan juadah iftar yang tidak sedap.

TAK reti bersyukur!

Itulah perkataan tepat untuk menggambarkan sikap seorang individu yang tergamak menulis surat layang kepada sebuah masjid kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.

Menerusi foto tular di Facebook, terdapat empat keping kertas yang ditulis dengan kata-kata makian, ditujukan kepada ahli jawatan kuasa (AJK) masjid berkenaan.

buka puasa 3

Banyak masjid turut menyediakan juadah berbuka puasa untuk jemaah. (Gambar Hiasan)

"Kepada jawatan kuasa masjid dan orang yang order makanan. Jawatan kuasa masjid, pekerja jaga makanan laki-laki dan perempuan.

"Makanan semuanya letak tomato puri, tomato sos, kanji, terung, bendi, kubis rebus. Lepas tu letak kari.

"Orang tua tak boleh kunyah, keras ayam, campur tomato puri, daging letak tomato puri, tomato sos, semuanya merah sos. Ada kanji," tulis pengadu.

Bangladesh pun tak makan semuanya. Masuk dalam tong sampah. Hari-hari limau, epal, semuanya masuk dalam tong sampah.

PENULIS SURAT

Individu yang menulis surat itu turut mengaku membuang makanan tersebut ke dalam tong sampah kerana tidak berpuas hati dengan cara ia dimasak.

Selamba menggelarkan individu yang menyediakan makanan itu sebagai 'anjing', pengadu turut menyamakan juadah yang dihidangkan seperti menu dalam penjara.

"Bangladesh pun tak makan semuanya. Masuk dalam tong sampah. Hari-hari limau, epal, semuanya masuk dalam tong sampah. Makanan dalam jel lagi sedap.

ARTIKEL BERKAITAN: Malang nasib ibu hamil makan lauk berulat beli di bazar, bukan seekor tapi berpuluh ekor - “Ingatkan beras tak masak”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

"Hari-hari makanan yang sama. Rupa sama, rasa sama. Satu dua suap, lepas tu buang makanan. Kuih sepotong pun tak ada.

"Puasa hari pertama nasi mentah. Rasa beras. Lauk-lauk semuanya sos tomato, tomato puri," ujar individu itu yang turut menyelitkan perkataan lucah menerusi surat berkenaan.

Surat berkenaan meraih perhatian ramai selepas dikongsi oleh seorang individu menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Selain menyelar tindakan individu itu, ramai yang turut membuat spekulasi bahawa pengadu merupakan warga asing, dipercayai dari Bangladesh, berdasarkan gaya penulisannya.

buka puasa 2

Sebahagian isi kandungan surat tersebut.

"Tulisan dan tatabahasa ayat macam Bangladesh tulis. Apa lagi, marilah angkut jemaah Bangladesh yang pergi masjid tu.

"Datang makan free nak demand macam-macam. Bila masjid minta derma untuk dana berbuka, buat tak tahu pula.

"Dia benci sangat dengan sos tomato puri. Bukan taste orang Bangladesh. Mohon yang order makanan ambil berat dengan tekak Bangladesh.

"Bangladesh masak sendiri la. Banyak songeh. Dah la datang Malaysia tak ada permit," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain