suria

Jadi perhatian sebab wajah ‘oppa’ tapi cakap loghat Pahang, ramai ketagih nak tengok pemuda Temerloh ini berborak

Fadz tular di TikTok gara-gara video bertutur dalam loghat Pahang.

SETIAP negeri di Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Selain kaya dengan kepelbagaian budaya, setiap negeri turut mempunyai cara pertuturan menggunakan loghat yang berbeza-beza.

Di aplikasi TikTok, seorang pemuda turut meraih populariti gara-gara video santainya yang suka berborak dalam loghat negeri Pahang.

Ketika dihubungi mStar, anak jati Temerloh yang mahu dikenali sebagai Fadz itu mengakui tidak menyangka cara pertuturannya berupaya menarik perhatian netizen.

"Saya sebenarnya dah lama ada akaun TikTok. Tapi, akaun saya tiba-tiba 'boom' sebab saya cakap dalam bahasa Pahang.

"Awalnya saya hanya stitch video orang. Ada seorang perempuan tu cakap dia tak suka lelaki Melayu muka Cina. Jadi saya balas videonya.

Ramai sebenarnya yang tak tahu bahasa Pahang. Bila saya bercakap, orang akan tanya ini bahasa mana?

FADZ

"Tiba-tiba video itu blow up di TikTok. Ramai netizen kata mereka seronok dengar saya berborak dalam loghat macam tu," ujar pemuda berusia 31 tahun itu.

Menurut Fadz, dia menyedari bahawa masih ramai yang tidak peka dengan kewujudan loghat Pahang selepas video miliknya tular di media sosial.

"Kebanyakannya komen minta saya hasilkan lagi video cakap Pahang. Dalam masa sama, ramai sebenarnya yang tak tahu bahasa Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa rahsianya, hanya seminit guru lancar cakap pelbagai loghat... paling sempoi tak ada skrip, semua spontan

ARTIKEL BERKAITAN: Loghat utara ‘buh’ buat ramai ‘melekat’ dengan video-video masakan lelaki ini, sanggup tengok hingga saat terakhir... apa yang menarik sangat?

"Bila saya bercakap, orang akan tanya ini bahasa mana? Jadi sebab tu saya nak ketengahkan lagi bahasa ini. Supaya lebih ramai orang tahu dan tak pelik bila dengar saya cakap bahasa Pahang," ujarnya lagi.

Selain cara pertuturan, rupa paras Fadz turut menjadi usikan manja netizen sehingga ada yang menyamakannya seperti jejaka Korea.

"Ada orang Temerloh muka K-Pop rupanya.

fadz3

Fadz merupakan anak jati Temerloh, Pahang.

"Ingat Korea mana la cakap Pahang tadi.

"Loghat 'aok' attractive sangat, dah la handsome," tulis beberapa netizen.

Menurut Fadz, dia terbuka dengan segala komen netizen dan tidak mengambil serius apa yang ditulis menerusi media sosial.

fadz2

Ramai netizen turut memuji rupa paras Fadz menerusi laman TikTok.

"Saya baca je la. Tak ada ambil serius. Yang puji tu, Alhamdulillah. Saya rasa bahagian Pahang memang banyak yang Chinese look walaupun tak ada mix.

"Macam abang dan kakak saya, mereka juga bermata sepet," ujar anak keempat daripada enam beradik itu.

Mengenai dirinya, Fadz kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur dan banyak terlibat dalam penerbitan iklan komersial (TVC) di negara ini.

Sebelum ini, Fadz juga pernah terlibat dalam sebagai peserta program I Can See Your Voice Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain