suria

Wanita baik dengan ex-mentua, sebulan sekali mesti outing bersama! Panggil ‘ex’ sebab tak mahu dikata belum ‘move on’!

Yuen mempunyai hubungan baik dengan bekas mentuanya sehingga kini.

MASALAH menantu perempuan tidak sebulu dengan mentua sering kita dengar dalam alam perkahwinan.

Selain mentua bersikap terlalu cerewet, suami jenis 'anak mak' juga adakalanya mencetuskan masalah buat golongan isteri dan akhirnya rumah tangga goyah.

Berbeza pula dengan Nurul Ain Shuhaidah Othman, 33, apabila dia mempunyai hubungan baik dengan bekas ibu mentuanya seperti mana yang dapat dilihat menerusi perkongsiannya di media sosial.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Yuen menceritakan semula kisah di sebalik video menunjukkan keakraban hubungan mereka walaupun dia sudah tiga tahun berpisah dengan suami.

"Saya memang rapat dengan ibu mentua. Saya layan dia macam mak kandung sendiri sampaikan sudah tidak ada rahsia antara kami.

"Dari mula saya berkahwin dengan bekas suami, dia memang jaga saya dengan baik. Dia juga yang jaga saya masa berpantang anak sulung.

Yuen dan ibu mentua berkongsi hobi dan minat yang sama.

"Walaupun dah lama berpisah dengan suami, saya tak pernah bermusuhan atau rasa nak putuskan hubungan silaturrahim sebab dia sangat baik," jelas Yuen.

Yuen yang menetap di Damansara, Selangor berkata dia dan mentua mempunyai hobi sama iaitu memasak dan sukakan kecantikan.

Enggan berkongsi mengenai punca perpisahan, kata Yuen, dia baru-baru ini membawa wanita itu keluar sambil meluangkan masa bersama di pusat beli belah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘mesra warga tua’, jaga mentua strok macam ibu sendiri... sikit pun tak merungut - “Kadang-kadang kesian tengok dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang menantu kalah anak sendiri! Wanita ini selesa tinggal sebumbung, hari-hari mentua masak bekal siap pakej hantar pergi kerja

Sepanjang enam perkahwinan, Yuen yang berasal dari Johor Bahru, Johor ini memiliki dua cahaya mata bersama bekas suaminya.

"Saya dan suami pun masih berhubung baik atas urusan anak-anak. Selama kami berpisah, saya selalu juga jumpa mentua untuk hantar dan ambil anak-anak di rumah dia.

"Tapi sebelum ni kami tak pernah keluar bersama. Ada juga dia cakap rindu lama tak jumpa. Mestilah rindu sebab rapat, sebelum ni siap bertukar-tukar resipi masakan.

"Jadi kami rancang keluar sama-sama. Saya tunaikan hajat dia bawa cucu-cucunya main dekat playground indoor dalam mall sambil luangkan masa dengan saya. InsyaAllah lepas ni kami plan nak keluar sama-sama sebulan sekali," ujarnya lagi.

Kita pun akan tua juga satu hari nanti. Mestilah kita nak dilayan menantu dengan baik.

NURUL AIN SHUHAIDAH

Video dikongsikan Yuen yang merupakan seorang pengusaha kosmetik dan makanan meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Jika diteliti di ruangan komen, rata-ratanya menegur wanita ini yang menggunakan gelaran 'bekas' terhadap ibu mentuanya kerana beranggapan ungkapan 'bekas' tidak sesuai untuk hubungan baik mereka.

Dalam pada itu, Yuen turut berkongsi tip bagaimana dia boleh mengekalkan hubungan rapat dengan mentua dari awal perkahwinan sehinggalah kini.

"Tujuan saya mention 'ex' (bekas) mentua supaya kemudian hari pasangan baharu bekas suami tak terasa saya ni syok sendiri belum 'move on'.

"Lagi pula saya sebut macam tu supaya orang lain mudah faham tentang status saya. Tak sangka jadi isu pula posting tu.

Yuen merupakan usahawan sejak 14 tahun lalu.

"Apa-apa pun bagi saya, rezeki masing-masinglah dapat mentua macam mana. Kalau dapat yang tak berapa okay kita buat sampai jadi baik. Kena belajar ambil hati, beralah dan bersabar. Orang tua ni kita kena tahu macam mana ambil hati. Lama-lama mereka akan 'cair' juga.

"Kita pun kena kenang jasa dan pengorbanan mereka juga. Anggap mereka macam ibu bapa kandung sendiri. Kita pun akan tua juga satu hari nanti. Mestilah kita nak dilayan menantu dengan baik," ujarnya yang sudah 14 tahun bergelar usahawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain