HAJAT untuk menikmati makanan idaman di bazar Ramadan tidak kesampaian. Begitulah luahan kekecewaan seorang wanita yang mahu menikmati Burger Malaysia atau turut dikenali sebagai pau sambal. Siapa yang tidak terliur membayangkan keenakan Burger Malaysia yang terdiri daripada roti empuk yang digoreng, kemudian diisi dengan inti sambal ikan bilis dan hirisan timun. Juadah berbuka puasa itu pasti 'terangkat' sekiranya diletakkan sayur salad. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. -Gambar sekadar hiasan Menerusi satu perkongsian, wanita berkenaan memaklumkan dia teringin untuk makan Burger Malaysia ketika bertugas di sebelah petang. Bagaimanapun, tiada masalah baginya untuk mendapatkan makanan tersebut kerana ia boleh didapati di bazar Ramadan dekat dengan tempat kerjanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Pelanggan terkejut beli kuih 'inti' gigi berlubang, sempat kunyah sampai keras ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam "Saya tak masak hari ni sebab kerja petang. Jadi, gagah juga turun ke gerai belakang bazar kat tempat kerja. "Dah lama kempunan nak Burger Malaysia ala orang-orang kampung buat," katanya. Burger Malaysia yang didakwa liat dan hangit. Namun luahnya, Burger Malaysia yang dibelinya pada harga 70 sen sebiji di sebuah bazar Ramadan di Pulau Pinang sekadar indah khabar dari rupa. "Rupanya saya kena scam. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. "Begini la rupanya, roti sos ikan bilis liat hangit. Bukan burger malaysia," ujarnya lagi. Tergamak jual macam tu. Aku tengok pun tak selera apatah lagi orang teraniaya tu. NETIZEN Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik, Burger Malaysia itu hanya mengandungi secalit sos bersama beberapa potongan ikan bilis. Sudahlah rasanya liat kerana hangit, makanan tersebut juga tidak lengkap tanpa hirisan timun, apatah lagi sayur salad seperti kebiasaan. Menerusi hantaran yang dikongsi grup Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official', rata-rata netizen berkongsi reaksi dan pandangan masing-masing. Antara komen netizen. Malah, segelintirnya turut bersimpati dengan nasib pelanggan malang itu. "Aduh kasihannya orang nak makan buat macam tu. Tak fikir je orang penat kerja, penat puasa lagi? Tak ikhlas betul peniaga nak duit semata-mata. "Peniaga kalau makanan yang dia jual tu dia sendiri pun tak nak makan, bermakna dia bukan peniaga yang jujur. Apatah lagi yang macam ni memang nak menipu. "Tergamak jual macam tu. Aku tengok pun tak selera apatah lagi orang teraniaya tu. Macam mana perasaan dia masa bungkus Burger Malaysia ni. Tak akan dia tak rasa bersalah sapu sos dengan ikan bilis hangit tu? "Kenapa la berniaga macam tu, tak berkat. Saya pun berniaga juga burger tapi tak macam tu. Letak sambal ikan bilis goreng dan timun. Alhamdulillah habis jualan saya," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube