suria

‘Auto’ iras Hafidz Roshdi selepas berjaya kurus! Ramai wanita mesej tanya tip, nak kenal - “Masa gemuk saya DM tak dilayan”

Transformasi Razil untuk mengurangkan berat badan.

SEMANGAT membara untuk menurunkan berat atau menguruskan badan selalunya ada dalam diri mereka yang berbadan gempal.

Namun bagi seorang pemuda, dia bukan sahaja pernah berjaya menurunkan berat badan, malah melalui fasa berat badan kembali naik secara mendadak.

"Perjalanan hidup dari gemuk kepada kurus, dari kurus kepada gemuk, dan dari gemuk on the way kembali kurus," tulisnya menerusi satu video yang tular di media sosial.

Ketika berat badan 76kg.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Razil Mohd Syakir Abdul Rashid berkata, berat badannya mencecah 120 kilogram (kg) pada 2013.

Mengakui tidak yakin dengan penampilan diri, dia yang lebih mesra disapa Razil nekad untuk melakukan diet atkins iaitu diet rendah karbohidrat dan tinggi protein.

"Saya sebelum ini cuba DM (mesej secara langsung) untuk mencari kenalan di laman sosial. Tapi mungkin sebab saya gemuk, jadi saya tak dilayan atau mereka kemudian tiba-tiba senyap.

"Pencapaian paling terendah adalah 76kg pada 2016. Tapi bila negara dilanda PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), banyak masa duduk di rumah menyebabkan berat badan naik mendadak kepada 113kg pada 2021," katanya ketika dihubungi.

Razil melakukan aktiviti berbasikal seperti idolanya, Alif Satar.

Susulan itu, pemuda berusia 27 tahun ini memberitahu, dia melakukan diet defisit kalori dengan mengambil makanan dan minuman kurang dari kalori yang digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu abang viral sebab berjaya kurus, kini adik pula sampai ramai nak kenal... ex pun mula tegur - "Dia nampak lagi handsome"

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya jejaka ini auto handsome selepas kurus, wajah gelap berubah jadi glow... Masuk 3 series penuh gaya!

"Masa saya amalkan diet defisit kalori ni selepas kena tinggal dengan girlfriend. Bermula dari 2022, kini berat badan saya turun sebanyak 20kg kepada 93kg," ujarnya yang mempunyai ketinggian 185 sentimeter.

diet kurus 2

Berat badan kembali naik kepada 113kg.

Selain amalan diet, Razil yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu turut melakukan senaman di gim.

"Saya lakukan senama kardio dan angkat berat sebanyak enam kali seminggu. Saya kini menyasarkan untuk capai berat badan 85kg.

"Dalam tempoh 10 tahun ini, paling mencabar adalah untuk mengekalkan berat badan. Bukan sekadar diet, kalau kita tak bersenam pun nanti badan akan gemuk balik," katanya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia menjadikan pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar sebagai idolanya dalam kecergasan.

"Alif Satar ni sentiasa aktif, walaupun dia sibuk dengan aktiviti seni, keluarga dan bisnes, dia tetap sempat masuk pertandingan Iron Man dan menjalani gaya hidup sihat," katanya sambil menambah mahu mendapatkan tip kecergasan daripada selebriti itu suatu hari nanti.

Selain diet, Razil turut melakukan senaman di gim.

Dalam pada itu, Razil yang bekerja sendiri ini juga menyedari banyak komen netizen menerusi video perjalanan kurusnya, mengatakan wajahnya mirip pelakon Hafidz Roshdi.

"Sebenarnya dah lama orang terutama kawan-kawan tegur sejak 2016. Ada orang yang tidak dikenali bila terserempak akan tegur muka saya macam Hafidz Roshdi, ada yang berbisik dari jauh.

Teruskan, jangan mengalah walaupun pernah gagal berkali-kali.

RAZIL MOHD SYAKIR ABDUL RASHID

"Saya hanya gelak dan senyum saja sebab bagi saya tak ada pun sama. Mungkin pandangan orang lain yang berbeza-beza.

"Bagaimanapun, sejak video saya tu viral masuk FYP (for you page), ramai yang DM tanya tip, termasuk nak berkenalan dengan kebanyakannya adalah perempuan," katanya.

diet kurus 4

Penampilan terbaharu Razil.

Meneruskan misi kurus, Razil turut menitip pesanan kepada mereka yang menghadapi cabaran untuk menurunkan berat badan.

"Teruskan, jangan mengalah walaupun pernah gagal berkali-kali. Bangkit semula dan kuatkan tujuan dan matlamat.

"Lambat atau cepat pasti ada hasil, insyaAllah. Selamat maju jaya kepada semua pejuang-pejuang kurus," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain