suria

‘Bahan ekstra’ dalam juadah berbuka! Tengah makan, lipas keluar dari nasi... beli mi Jawa dapat seekor kumbang

Penemuan lipas di dalam nasi ayam yang dibeli di bazar Ramadan.

KISAH meloyakan melibatkan juadah berbuka puasa kerap timbul sejak kebelakangan ini.

Sungguh mendukacitakan apabila kedatangan Ramadan seperti menjadi 'tiket' untuk sesetengah peniaga mengambil ringan aspek kebersihan pengurusan makanan.

Seorang pelanggan wanita adalah salah seorang daripada 'mangsa' yang mendakwa dirinya membeli makanan tidak bersih, malah meloyakan tekak di bazar Ramadan.

Hantaran asal di laman Facebook.

Perkongsiannya menunjukkan nasi ayam dengan 'lauk sampingan' iaitu seekor lipas, dalam kejadian di Lembah Klang tanpa mendedahkan nama gerai terbabit.

"Beli makanan dekat bazar semalam, walaupun kedai ni dah refund duit, saya nak beritahu dekat sini, para peniaga sebelum nak tutup makanan jual dekat pelanggan tolong periksa dulu.

"Tolong check," dakwa wanita itu memberikan penekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam Burger Malaysia bulan Ramadan! Roti liat dicalit sos, inti ikan bilis hangit... timun, salad tak nampak bayang

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

Dalam gambar yang dikongsi wanita itu, dapat dilihat seekor lipas berwarna hitam berada di atas timbunan nasi ayam berwarna kuning.

"Sebenarnya lipas itu berada di dalam nasi, tapi saya nampak dia naik atas, itu yang saya sempat ambil gambar," jelas wanita itu di ruangan komen Facebook.

Apa yang berlaku ini sangat menjijikkan dan boleh membawa kepada masalah kesihatan kerana seperti diketahui umum lipas dikategorikan sebagai serangga perosak yang kotor.

Itu kan dikira sebagai 'udang darat', kenapa marah-marah ni, mewah tau hidangan ni.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya sempat berkongsikan bagaimana makanannya yang dibeli di bazar juga mempunyai 'benda asing'.

"Minggu lepas beli mi jawa dapat 'istimewa' punya kuah sebab ada kumbang seekor dalam kuah," kata wanita itu sambil menunjukkan gambar juadah mi jawa yang sebahagiannya sudah dimakan.

Warga maya lain pula mengambil kesempatan ini untuk berjenaka sarkastik atas kecuaian peniaga.

"Akak ni pun, bayar RM5 tak akan nak expect dapat lobster pula sebagai lauk.

Kumbang yang ditemukan di dalam mi jawa milik seorang warga maya.

"Itu kan dikira sebagai 'udang darat', kenapa marah-marah ni, mewah tau hidangan ni.

"Wah beli nasi ayam dapat 'kurma' percuma atas nasi.

"Isu dia sekarang harga masih sama ke, itu dah kira extra protein, patutnya ada caj tambahan," kata sebahagian warga maya.

Walaupun begitu, tidak kurang juga warga maya yang menzahirkan rasa sangsi dengan pendedahan wanita itu.

Ciapan balas warga maya.

"Nampak ayam macam dah dimakan sedikit, boleh pula nampak lipas tapi ada selera lagi nak makan, tak akan lipas tu pula yang makan ayam?

"Ayam tu dah diusik, macam ada sesuatu yang fishy, boleh jadi kau sengaja letak lipas tu dekat situ untuk tutup periuk nasi orang lain?

"Tak kan la peniaga langsung tak perasan lipas terang-terang dekat atas nasi tu.

"Ringkasan cerita dia berdasarkan saya punya tekaan, nasi ayam tu tak sedap, letak la lipas, senang-senang dapat refund duit raya. Ataupun sebab nak makan free," kata warga maya yang ragu-ragu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan