suria

Hati ayam mentah makanan kegemaran wanita ini, sedap katanya... ramai syak ada pendamping - “Tekak aku kembang”

Tangkap layar video seorang wanita meratah hati ayam mentah di TikTok.

UMUM mengetahui bahawa kita terdedah dengan pelbagai penyakit sekiranya makan makanan yang tidak dimasak dengan betul.

Apatah lagi jika makan makanan mentah atau langsung tidak dimasak, pastinya mudah terdedah kepada bakteria salmonella dan E-Coli yang boleh mengakibatkan komplikasi serta pelbagai jenis penyakit.

Terbaharu, seorang wanita menjadi perhatian warga maya gara-gara selamba meratah hati ayam mentah dan video yang dikongsikan di laman sosial menjadi tular.

Menerusi video yang dirakam sendiri itu, dia menjelaskan bahawa bahagian organ dalaman haiwan itu merupakan makanan kegemarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan daging, ayam dan ikan mentah tenang dituduh berdamping syaitan, pakai susuk - “Rasa sama macam sushi”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buat eksperimen aneh, makan daging mentah 78 hari berturut-turut

Dalam pada itu, dia turut bertanya sekiranya ada individu yang mempunyai selera sama seperti dirinya.

"Favourite gila. Ada geng tak?" tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, wanita ini dilihat sedang makan seketul hati ayam mentah bersaiz besar yang diletakkan dalam mangkuk kaca.

Malah, organ tersebut masih lagi dalam keadaan berdarah sewaktu ia dicucuk dengan garfu dan disuapkan ke dalam mulut.

Wanita ini mengakui hati ayam mentah yang diratah sedap rasanya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi kerana rata-rata berpandangan dia makan sesuatu yang kotor malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perkara mistik.

"Ada bela saka ke?

"Kalau suka makan mentah terutamanya ayam ni ada pendamping.

"Selalunya, kalau kerap suka makan benda berdarah ni ada yang 'menumpang' dalam badan," demikian antara komen netizen.

Mengakui makanan itu sedap, dari reaksi wajah wanita wanita berkenaan juga menampakkan dia sangat berselera menikmati hidangan kegemarannya itu.

Sesungguhnya tekak aku kembang tengok ni. Yang goreng pun aku tak makan ni kan pula mentah ni.

NETIZEN

"Serius tak tipu, memang shedap (sedap)," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai loya tekak dan risau wanita berkenaan terkena keracunan makanan.

"Macam mana boleh tahan bau tu.

"Kalau basuh ayam tu pun tekak aku dah kembang. Ni kan makan (mentah).

"Sesungguhnya tekak aku kembang tengok ni. Yang goreng pun aku tak makan ni kan pula mentah ni," kata netizen lagi.

Hukum mengenai makan daging atau ikan mentah telah dijawab oleh Mufti melalui portal rasmi mereka.

Komen netizen di TikTok.

Dalam hal makan ikan mentah telah mati atau daging mentah yang disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam satu permasalahan berkenaan hukum makan daging mentah, beliau menyatakan hukumnya adalah harus.

Pandangan ini juga sama menurut mazhab Maliki dan pandangan muktamad mazhab Hambali.

Meskipun begitu, keharusan memakannya adalah selama mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh ataupun akal.

Ada pun sekiranya ia berisiko mendatangkan mudarat pada diri, maka ia tidak dibenarkan dan hukumnya boleh berubah kepada haram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain