suria

Pakcik rider gigih cari rezeki walau bongkok! Rehat cuma pada waktu solat, banyak buat job di Mont Kiara, Hartamas

Rider bongkok ini gigih bekerja biarpun sudah lanjut usia.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah seorang warga emas bongkok yang masih gigih mencari rezeki dengan bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Menerusi satu video tular, rider itu mengundang simpati netizen apabila memaklumkan dia hanya berehat ketika berhenti untuk solat sahaja.

rider2

Keadaan warga emas itu yang mengundang simpati ramai.

"Saya berbuka ambil kat surau ni, surau Hartamas. Dah makan, saya on (kerja) balik la. Tak cuti (bulan puasa), rehat pun tak ada. Kalau nak solat je rehat," ujar rider itu menerusi video berkenaan.

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Hazwan Hafiz, dia sudah beberapa kali terserempak dengan warga emas itu di sekitar kawasan Mont Kiara dan Hartamas.

"Saya jumpa pakcik tu pada petang Selasa, ketika saya rakam video tu. Sebelum ni memang dah banyak kali nampak dia di sekitar kawasan Sri Hartamas atau Mont Kiara.

Kesian, pada masa yang sama, cemburu dengan semangat pakcik GrabFood ni.

HAZWAN HAFIZ

"Dia banyak ambil makanan di sekitar kawasan itu. Sebelum ni saya tengok dia, memang kesian sangat, dengan bongkoknya. Tapi dia masih boleh naik motor lagi, pusing jauh-jauh," ujarnya kepada mStar.

Menurut Hazwan, biarpun pernah bertemu dengan rider berkenaan, namun dia tidak pernah bertanya lanjut tentang keluarga atau anak-anaknya.

"Pernah juga sembang-sembang dengan dia sebelum ni, tapi lebih kepada tanya keadaan dia, ada banyak order ke? hantar ke mana? Macam tu saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

"Saya tak pernah tanya berkaitan keluarga atau anak," jelas Hazwan yang berkongsi video tentang pakcik itu menerusi Instagram dan TikTok.

Tambah Hazwan, di sebalik rasa simpati, dia kagum dengan ketabahan rider itu yang masih gigih mencari rezeki biarpun sudah lanjut usia.

"Kesian, pada masa yang sama, cemburu dengan semangat pakcik GrabFood ni. Yang biasa duduk Mont Kiara dan Sri Hartamas, mesti biasa jumpa pakcik legend ni," ujarnya lagi.

rider3

Netizen tersentuh melihat semangat juang rider berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati, tak kurang juga yang mahu menjejakinya untuk menghulurkan bantuan.

"Kalau yang mana rasa susah, bersyukurlah sebab ada lagi yang susah daripada kita.

"Boleh tak buat tabung untuk pakcik ni? Nak bagi sumbangan untuk raya.

"Ya Allah moga pakcik ni sihat selalu dan dimurahkan rezeki," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain