suria

Pelanggan minta tutup pintu tandas sebab geli nak makan... anak buat sepah, kotorkan sekeliling meja tak geli pula!

Luahan seorang pengusaha kedai makan terhadap pelanggannya.

KECOH di media sosial mengenai seorang pengusaha kedai makan 'naik hantu' disebabkan premisnya disepahkan anak pelanggan yang masih kecil.

Menerusi satu perkongsian, wanita berkenaan menunjukkan keadaan di sekitar sebuah meja yang ditinggalkan pelanggan yang sebelum ini menikmati hidangan bersama keluarga, dipenuhi sisa makanan yang bertaburan di atas lantai.

Video yang tular itu turut menunjukkan beberapa batang lidi yang bersepah di atas lantai, berdekatan dengan kerusi bayi di sebuah restoran.

"Ragam pelanggan yang tak tahu common sense dan adab. Anak dia main sudu sampai jatuh, bazirkan tisu, buang semua sampah kat bawah meja dan kerusi.

"Tang nampak pintu tandas, dia suruh kita tutup konon geli. Habis anak kau sepah buat sampah depan kau, makan tak geli?" tulisnya menerusi keterangan video.

Beberapa batang lidi bertaburan di atas lantai.

Tidak cukup sekadar itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dalam rakaman video berdurasi 18 saat.

"Sampai koyak meja anak dia buat. Ajar anak jadi pembersih supaya dia tahu nak jaga walau kat mana-mana sekali pun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh influencer tak puas hati dipandang serong gara-gara anak bising di kedai... Rupanya ada cara berkesan diamkan budak selain 'tablet'

ARTIKEL BERKAITAN: Syok 'berkampung' di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi

Di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap situasi yang berlaku merupakan perkara biasa bagi ibu bapa yang membawa anak-anak kecil makan di restoran.

Malah, ada yang risau untuk membawa anak-anak mereka ke restoran berkenaan kerana kemungkinan bakal mendapat rungutan yang sama daripada pemiliknya.

Selain sisa makanan, tisu turut bersepah atas lantai.

"Nama pun kedai makan, datang pula famili yang ada anak kecil. Memang begitulah rupanya. Buat pula anak berderet setahun seorang, aishhh akak kedai ni.

"Takut terpergi nanti. Anak saya baru umur setahun. Takut kena kecam pula.

"Tak akan nak pergi ambil penyapu dan sapu. Kita datang makan, budak-budak biasalah.

Nama pun kedai makan, datang pula famili yang ada anak kecil. Memang begitulah rupanya..

NETIZEN

"Terasa pula sebab anak kecil saya memang makan sepah (hingga) bawah meja. Kalau macam tu sediakan penyapulah senang. Dah sepah, kami sapu sis. Tapi atas meja memang kami kemas je.

"Saya makan dengan tiga hero. Confirm ada sebutir dua nasi atas lantai. Tapi pinggan saya akan susun. Tapi kedai awak saya takut pergi, risau," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan, dipercayai kerana pemilik restoran menerima kecaman hebat daripada netizen.

Susulan itu juga, pengusaha restoran tampil memberi penjelasan atas kritikannya terhadap pelanggan yang datang makan bersama keluarganya.

Penjelasan pengusaha kedai makan susulan isu yang tular.

"Adat berniaga memang kita akan berjumpa dengan golongan pelanggan yang bermacam-macam. Kami menerima apa sahaja situasi kerana kita bekerja dan nak berikan yang terbaik buat pelanggan.

"Namun kejadian semalam mengusik hati kerana setiap tingkah laku kita bermula dari didikan. Situasi semalam berlainan apabila ibu bapa tidak ambil peduli dengan tingkah laku anak-anak, malah membiarkan (anak) buat sesuka hati sehingga merosakkan barang-barang, malah buang sampah merata dan sikap ini disengajakan.

"Bagi saya tidak wajar apabila ibu bapa sengaja merelakan perbuatan merosakkan dan sepahkan barang, campak sisa makanan ke bawah meja, ambil semua sudu garfu yang masih bersih semata-mata dijadikan permainan dan merelakan perbuatan anak-anak tanpa rasa bersalah.

"Tak salah rasanya cakap maaf. Memang tugas kami akan bersihkan, namun kita masih ada adab dan etika walau di mana kita berada," kata pengusaha itu menerusi hantaran terbaharu.

Penjelasan mengenai situasi membabitkan pelanggan.

Pada masa sama, pengusaha tersebut turut membuat permohonan maaf atas kritikannya.

"Tidak ada niat untuk viralkan malah mengundang kecaman. Untuk mak ayah yang terasa jika posting saya semalam mengguriskan hati, saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain