suria

Video mesra Khairulaming dengan wanita tersebar, ramai ‘broken’ terlepas peluang… Baju raya sedondon warna biru bikin peminat haru!

Tangkap layar perkongsian Amira di TikTok yang tular.

SELAIN disukai kerana berkongsi video masakan, siapa sangka ramai yang menyimpan perasaan terhadap pempengaruh Khairul Aming atau Khairul Amin Kamaruzzaman ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok milik @63emiz memaparkan kelibat usahawan Sambal Nyet Khairulaming bersama seorang wanita yang dirakam secara sembunyi.

Dalam rakaman video tersebut, mereka kelihatan sedang berbual mesra ketika berada di dalam sebuah kafe terkenal, di Kota Bharu, Kelantan.

Oleh kerana Khairulaming bukanlah seorang yang gemar berkongsi kisah peribadi, ramai mula berteka-teki dengan mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairulaming ajak staf ‘raya awal’! Bagi bonus, tutup kilang bawa semua pergi shopping... tolak demand sambal 3 kali ganda pada Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau awak tak biasa masak...” - Khairulaming jawab teguran resipi banyak minyak, orang diet boleh ubah ikut selera sendiri

Video yang tular itu kemudian meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan ‘patah hati’ apabila mengetahui Khairulaming rupa-rupanya sudah berpunya.

Malah ramai juga yang ‘broken’ dan sedih sekiranya wanita di dalam video tersebut adalah benar-benar kekasih kepada pempengaruh tersebut.

“Ku kira hubungan resipi kita special (istimewa).

“Sambal Nyet selalu sold out, tak lama lagi Khairulaming pun ‘sold out’.

“Jangan tanya kenapa view masak abang drop sorang.

“Nanti mesti keluar resipi nasi minyak orang kahwin, ayam masak merah, gulai kawah daging, acar, cendol dan seangkatan dengannya (merujuk kepada menu kenduri),” komen netizen di TikTok.

Khairulaming berkongsi foto Hari Raya di Twitter.

Setelah video tersebut berjaya mengecewakan ramai pihak, wanita bernama Amira yang dilihat berdampingan dengan Khairulaming itu berkongsi video kedua.

Kali ini dia berkongsi foto minuman selain gambar bersama Khairulaming yang lengkap berbaju Melayu.

“Nak yang itu ke yang ini. Yang ini lah,” tulisnya pada gambar tersebut sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

Kekecohan berlaku disedari tuan badan sendiri apabila Kharulaming pantas memberikan penjelasan mengenai video yang tular itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter, dia menafikan wanita tersebut adalah kekasih hatinya.

Nak yang itu ke yang ini. Yang ini lah.

AMIRA

Jelas Khairulaming yang berasal dari Kelantan itu, dia disapa dan dihampiri wanita tersebut yang memintanya mendengar lagu nyanyian Afghan untuk dijadikan latar belakang kepada video di TikTok.

Namun, Khairulaming bagaimanapun memberitahu wanita itu dia tidak tahu mengenai lagu tersebut dan dalam masa yang sama gelagat mereka dirakamkan kawan kepada wanita tersebut.

“Aduh jauh twist ni, aku kat Starbucks la beli air, adik ni datang bang cuba abang dengar lagu Afghan ni... boleh tak kita buat TikTok lagu ni.

Alamak saya tak hafal lagu ni.” Pastu kawan dia record dari belakang,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Komen netizen di TikTok.

Penjelasan dari Khairul Aming ini turut membuatkan kebanyakan netizen meluahkan rasa lega memandangkan statusnya yang masih lagi solo.

Malah ada juga yang terhibur apabila pempengaruh terkenal itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan