suria

Bangga tengok rakyat negara jiran sambut raya pakai baju Melayu siap bertanjak... Netizen kata orang Malaysia suka kurta dan jubah

Pemakaian sesetengah individu di Thailand sempena Hari Raya kali ini.

SAMBUTAN setahun sekali membuatkan Hari Raya Aidilfitri meriah dengan beberapa jenis busana sama ada gaya tradisional mahupun kontemporari selain ditampilkan dalam pelbagai warna menarik.

Bagi yang sudah berkeluarga, tema sedondon dengan pasangan dan anak-anak pastinya menjadi pilihan.

Menerusi perkongsian Twitter @jllmisai atau lebih dikenali sebagai Jalal Misai berkata kemeriahan sambutan Syawal turut dirasai di Thailand dan Indonesia.

Pelbagai gaya tanjak diperagakan.

Pelbagai gaya tanjak diperagakan.

Ujarnya, warga Selatan Thailand lebih gemar menggayakan busana Melayu tradisional berbanding masyarakat Malaysia.

"Orang Melayu di Selatan Thai lebih meriah berbusana Melayu di Hari Raya berbanding tempat kita.

"Di Indonesia pun sama meriah... seronok kalau ramai-ramai berkumpul masa raya berbaju tradisi macam ni," ciapnya ringkas sambil berkongsi beberapa video dari negara jiran yang diambil daripada TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Melepas baju raya RM1! Orang ramai ‘merusuh’ demi pakaian murah, butik terkenal di Shah Alam terpaksa henti jualan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tebal muka minta sumbangan baju raya ‘dah nak buang’ untuk 3 anak buah! Tiada bajet beraya, keluarga ditimpa musibah

Menurutnya, kemeriahan sambutan Syawal turut dirasai di Malaysia namun ramai yang sudah terikut dan selesa dengan suasana moden.

Pun begitu, dia tidak menafikan terdapat segelintir individu yang masih menggayakan busana tradisi Melayu.

Dekat sini akan dicop sebagai rasis... terpaling Melayu.

WARGA MAYA

"Ada yang cakap, untuk bergaya sebegitu modalnya agak kasar (mahal)... betulkah?" ajunya ingin mendapatkan kepastian.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengakui pernah dilabel sebagai 'terpaling Melayu' hanya kerana mengenakan busana tradisi seperti bertanjak dan berkeris.

Antara komentar balas warganet pada ciapannya.

Antara komentar balas warganet pada ciapannya.

"Aku pakai baju tradisi Melayu, tanjak dengan keris fake pun kena cop 'terpaling Melayu' padahal smart kot baju tradisi Melayu ni.

"Kita kalau pakai macam ni kena gelak dengan tweetfamous.

"Kita tak boleh bertanjak berkeris bagai macam ni, nanti dicop extreme atau ketinggalan zaman. Tapi kalau sarung baju Melayu besar, tak berseluar, ada warna-warni meriah sikit, bergambar dan catwalk depan Pavillion baru sesuai dengan peredaran zaman.

"Dekat sini akan dicop sebagai rasis... terpaling Melayu," ujar sebahagian warga maya.

Kesemua yang hadir berhimpun mengenakan busana baju Melayu mahupun tradisional.

Kesemua yang hadir berhimpun mengenakan busana baju Melayu mahupun tradisional.

Tidak kurang juga yang menyatakan peredaran zaman dan busana yang telah dikontemporarikan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia seperti baju Melayu croptop dan slimfit kerana dikatakan lebih selesa serta moden.

Ada juga yang lebih gemar memakai kurta dan jubah.

Sebahagian warga maya pula menegaskan bahawa tradisi Melayu masih diteruskan di Malaysia walaupun sudah tidak ramai mengenakan baju Melayu atau busana tradisional.

"Tempat kita tetap ramai bro... cuma tak bertanjak, tetap ikut tradisi rumah ke rumah melawat yang masih hidup. Tak baik cakap macam tu, aku tengok ramai pakai baju Melayu," komennya balas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan