suria

Pemuda teruja jumpa sungai di R&R, sayangnya tak ramai orang... rupanya ada cerita, penduduk tempatan lebih tahu

Hentian rehat ini 'unik' kerana mempunyai sebatang sungai.

MEMANDU untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kelesuan.

Disebabkan itulah kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya penting sebagai tempat untuk para pemandu berehat sebentar.

Kemudahan di sesebuah R&R seperti tandas, medan selera dan surau membolehkan pemandu untuk 'mengecas' tenaga dan kembali fokus dalam pemanduan.

Laluan masuk ke sungai di hentian rehat ini.

Namun begitu, melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki mendedahkan Hentian Sebelah Gua Tempurung, Perak di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) mempunyai 'prasarana' tambahan.

"Port healing R&R Gua Tempurung," tulis lelaki itu di ruangan kapsyen.

Menurut lelaki itu, hentian tersebut mempunyai sungai di bahagian belakangnya berikutan kawasan berkenaan yang berada berhampiran dengan hutan dan alam semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah”

ARTIKEL BERKAITAN: Map bawa ikut jalan kubur, rider kongsi kisah seram trip malam hari... bau aneh masa rehat bawah flyover - “Aku nak bakar rokok je, janganlah kacau”

Dalam video yang dikongsikan, lelaki itu menunjukkan lot parkir di perkarangan hentian dan kemudian beralih ke laluan sempit di sebalik semak samun untuk menuju ke sungai.

Laluan yang sedikit curam dengan jarak beberapa meter itu membawa lelaki tersebut ke sebatang sungai kecil yang kelihatan agak keruh tetapi sesuai untuk dijadikan hutan lipur 'mini'.

"Baru tahu R&R Gua Tempurung ada sungai boleh mandi," kata lelaki itu.

Kalau pergi hentian ni, banyakkan baca ayat Kursi untuk pendinding diri, doa minta perlindungan pada Allah dan jaga adab.

WARGA MAYA

Suasana di sekitar sungai itu dilihat agak hening tanpa ada sesiapa mandi manda seolah-olah ia seperti tidak diketahui ramai.

Namun begitu, perkongsian lelaki berkenaan mengundang perkongsian kisah-kisah daripada warga maya, kononnya lokasi itu menyeramkan.

Warga maya mendakwa tempat tersebut 'keras', manakala pengguna jalan raya yang kerap melewati kawasan itu menceritakan mereka sanggup mencari R&R lain untuk berhenti berehat.

"Bukan tak tahu tapi kami tak mahu berhenti sini kalau boleh, yang tahu je tahu (#ytjt).

"Healing 10 minit, kena kacau lima hari bekerja. R&R ini banyak ceritanya, saya orang Perak tahu sangat la.

Sebagian komen warga maya.

"Pernah dekat highway nak terkencing tapi gigih tak nak berhenti juga dekat sini.

"Pernah berhenti sekali tapi tengok tak ada orang, tempat pun sunyi, seram dan meremang pula rasa, terus patah balik cari R&R lain," kata sebahagian warga maya.

Seorang warga maya menceritakan hentian sebelah Gua Tempurung hanya akan meriah ketika musim perayaan dan akan menjadi sepi pada hari-hari biasa.

"Kalau time sekarang ni okay je nak pergi sebab tengah raya ramai orang, tapi nanti bila dah habis raya, tak ada siapa pun yang akan berani pergi sini.

"Kalau pergi hentian ni, banyakkan baca ayat Kursi untuk pendinding diri, doa minta perlindungan pada Allah dan jaga adab," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain