suria

Geng rajin dah pupus? Pemuda ‘diserang’ dakwa wanita kini cuma melaram, OOTD masa raya... suruh ke dapur, malas!

Kaum wanita dikatakan semakin malas untuk menolong di dapur ketika Aidilfitri. -Gambar hiasan

WANITA cukup sinonim dengan kerajinan mereka melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan memasak.

Malah, kepakaran dan kemahiran mereka juga dikatakan cukup hebat mengalahkan kaum lelaki.

Namun, timbul persoalan apabila golongan wanita muda kini dikatakan semakin kurang menjejakkan kaki ke dapur, terutama ketika Hari Raya Aidilfitri.

Mereka ini didakwa tidak lagi menyingsing lengan baju untuk membantu melakukan kerja-kerja di dapur, begitulah pertanyaan seorang pemuda di laman sosial.

Ciapan asal di laman Twitter.

Dakwanya, segelintir wanita muda kini hanya pandai bersolek dan bergaya untuk kelilhatan menawan pada hari lebaran.

"Sebahagian besar perempuan muda zaman sekarang ni memang pemalas ke eh? Memang tak nak tolong kemas-kemas hidang dekat dapur eh?

"Tahu melawa Outfit Of The Day (OOTD) masuk Instagram je eh waktu raya ni? Patut la bila cakap pasal tanggungjawab kerja rumah, masing-masing bising cakap itu tugas suami atau lelaki, pemalas rupanya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”

ARTIKEL BERKAITAN: Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”

Pada masa sama, menerusi ciapan yang tular itu, lelaki berkenaan tetap memuji golongan wanita yang masih rajin masuk ke dapur dan rajin membuat persiapan juadah raya.

"Tahniah kepada perempuan yang tolong dekat dapur, saya respek anda, memang rare.

"Yang tak tolong tu sedar-sedarlah, cerminkan diri tu. Bawa la bergilir-gilir cuba menolong juga. Orang lain pun nak merasa bersiap," katanya lagi.

Sebenarnya siapa makan, kemas la. Settle. Tak ada istilah tugas lelaki atau tugas perempuan.

WARGA MAYA

Teguran lelaki itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang menganggap dirinya bersifat seksis kerana mahu menentukan kedudukan wanita dalam hierarki masyarakat.

"Mungkin perempuan dah meluat dengan perangai jantan pemalas. Jadi biar dua-dua pemalas. Tak perlu expect suasana raya macam dulu-dulu dah. Habis je generasi mak-mak kita, confirm raya simple je nanti.

Ciapan balas warga maya.

"Tak semua perempuan rakam semua benda dan post dekat media sosial seperti cuci pinggan, masak dan sebagainya. Awak sebagai lelaki tak perlu pun merungut. Apa kata buat kerja rumah tu sekali, kan lebih seronok macam tu.

"Sebenarnya siapa makan, kemas la. Settle. Tak ada istilah tugas lelaki atau tugas perempuan. Tugas manusia je.

"Yang masak tu kau rasa siapa? Tak kan makanan dengan ajaibnya muncul atas meja kan? Perempuan dah tolong masak, kau tolong la hidang. Kau raja ke, semua benda nak buat untuk kau?" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain