suria

“Ini macam kisah Toy Story” - Patung nostalgia dibakar sampai jadi abu, ‘hidup’ selepas lama disimpan

Patung permainan ini dibakar kerana dipercayai 'berhantu'.

ANAK patung merupakan permainan kegemaran anak kecil, malah ada juga yang dijadikan peneman setia mereka ketika membesar.

Namun, boneka yang sempurna anggota badannya juga sering dikaitkan dengan unsur mistik.

Begitulah kisah yang dikongsi melalui satu video di TikTok yang mana seorang individu dilihat membakar sebuah patung permainan kanak-kanak yang dikatakan telah 'menghantui' rumahnya.

Proses pembakaran patung permainan.

Individu tersebut berharap apabila patung itu berjaya dihapuskan dan bertukar menjadi abu, rumahnya akan terlepas dari sebarang gangguan.

Pada ruangan kapsyen video itu, individu tersebut sempat berkongsikan beberapa siri kejadian di kediamannya yang tidak terjelas dek akal fikiran.

"Sebelum ni mak dia yang nampak anak patung ni berjalan masa semua orang tengah tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau ‘review’ homestay puaka, sekeluarga kena kacau di London! Paling seram ibu nampak hantu mat salih mirip ‘slenderman’

ARTIKEL BERKAITAN: Semasa cucuk jarum doktor tak rasa apa pun, sampailah ada garam di wad bersalin... terbongkar kisah ‘ulek mayang’ pesakit – “Terbayang mata terbeliak, kain kuning di perut”

"Anak-anak pula semalam nampak masa terjaga dari tidur, anak patung ni keluar dari bakul sendiri dan berjalan.

"Bila orang tegur dia pura-pura terbaring pula," cerita individu itu.

Tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang asal usul boneka beruang 'teddy bear' tersebut, individu itu dilihat menyimbah patung permainan itu dengan minyak tanah.

Ini macam kisah Toy Story, kalau kita tak ada, dia hidup, kalau kita datang balik, dia pura-pura mati.

WARGA MAYA

Dia kemudian membakar patung tersebut dengan pemetik api sehingga ia akhirnya hangus dijilat api.

Sesi memusnahkan 'teddy bear' itu dibuat berhampiran dengan tempat pembuangan sampah.

Dia ruangan komen, individu tersebut ada memaklumkan bahawa patung permainan itu sudah lama disimpan tetapi mula 'hidup' apabila anaknya bermain semula dengannya.

Beberapa warga maya sempat berkongsikan pengalaman kejadian hampir sama.

"Pernah terjadi dalam family sendiri dan pernah nampak juga berjalan sendiri. Dah buang datang balik.

Sebahagian komen warga maya.

"Sama la macam saya baru je kena petang tadi, lelaki pergi bakar dah patung Winnie the Pooh, dua malam saya nampak dia bergerak sampai saya menangis tak sedar.

"Sebab tu dalam Islam kena cacatkan anggota tubuh patung permainan ni, tak boleh full-body, kalau mat salih pula mereka akan letak boneka dalam bekas kaca, ada sebabnya," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang sempat berjenaka dengan insiden tersebut.

"Bagus patung tu boleh bergerak, boleh dia tolong jadi orang gaji untuk kita.

"Ini macam kisah Toy Story, kalau kita tak ada, dia hidup, kalau kita datang balik, dia pura-pura mati.

"Baru nak beli anak patung Pikachu, tapi tak apa la, nanti tak pasal-pasal kena sambar petir," demikian antara komen lucu warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain